Selasa, 21 Ogos 2012

Pengerusi Surau Kaki Songlap

Gambar Hiasan


Salam Aidil Fitri, Telebih dulu aku nak menyusun jari memohon keampunan kepada semua pembaca blog aku ni sebab lama aku tak update blog kesayangan ramai ni ( ada ka?) yang menyebabkan ramai tertungu-tungu berita dari aku. 

Kali ni aku nak bawak cerita yang agak sempoi berkenaan sikap seorang pengerusi sebuah surau di sini yang telah mengkhianati amanah yang telah diberikan.

Cite dia cam ni. Surau itu telah mendapat peruntukan sebanyak RM10 ribu dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan sebagai pengerusi disitu, beliau diminta untuk mengambil wang peruntukan tersebut tetapi beliau hanya menyerah sebanyak RM5 ribu sahaja kepada bendahari surau tersebut.

Ramai orang kampung yang dah mula mengetahui cerita ini tetapi bimbang untuk mengambil tindakan kerana pengerusi surau tersebut merupakan orang kuat PKR di situ.

Nanti aku ceritakan secara detail beserta dengan surat dari Jabatan Agama Islam.. sebab buat masa sekarang belum sesuai.

Jumaat, 27 April 2012

RUPANYA PUAK-PUAK NI YANG DOK TAJA BERSIH 3.0



Esok akan berlaku satu lagi perhimpunan di Kuala Lumpur yang dipanggil BERSIH 3.0. 

Sebenarnya, sejak Anwar Ibrahim dipecat, rakyat Malaysia sudah lali dengan perhimpunan demi perhimpunan yang menuntut entah apa-apa. 

Himpunan ini selalunya didalangi oleh pihak Anwar sendiri dan kadangkalanya oleh pihak minoriti yang sengaja menangguk di air keruh. 

Bagi mengabui mata ramai konon mereka mewakili sebahagian besar rakyat, mereka menggelarkan diri mereka dengan berbagai-bagai nama yang hampir semuanya merupakan NGO haram, iaitu tidak berdaftar. 

Tidak perlu rasanya untuk kita cuba merasionalkan tuntutan BERSIH kerana I4TT yakin hampir semua rakyat Malaysia sedia maklum bahawa BERSIH bukannya memperjuangkan pilihanraya bersih. 

Yang mungkin tidak tahu apa-apa, hanyalah segelintir penyokong mereka yang sempit dan cetek pengetahuannya dalam soal politik negara dan juga politik dunia. 

Bagi golongan ini, walau apapun jawapan dan penjelasan yang diberikan, tidak akan sampai ke otak mereka kerana mereka tidak pernah ingin mencarinya. 

Hakikatnya, matlamat BERSIH hanyalah satu iaitu membuat huru-hara dan memburukkan nama Malaysia di mata dunia. 

Ini semua orang tahu.

Tetapi mungkin tak semua tahu tentang dari mana datangnya dana untuk menggerakkan satu demonstrasi besar seperti BERSIH.

Bersih 2.0 menyaksikan sebanyak 120,000 T-Shirt di edar dan khabarnya Bersih 3.0 juga sama akan mencetak dalam jumlah yang sama. 

Dari mana datangnya modal untuk mencetak T-Shirt sebegitu banyak ??? 

Dan dari mana datangnya modal untuk menampung kos logistik, telekomunikasi dan kebajikan para pemimpin atasan, bawahan dan peserta? 

Semua ini memakan jumlah jutaan ringgit. 

Itu belum termasuk program-program pra-BERSIH seperti mesyuarat, perjumpaan, kos penginapan, pengangkutan, perhubungan, alatulis, banner, poster, bayaran kepada penulis, pemikir, kumpulan propaganda dan lain-lain. 

Justeru, dari mana datangnya dana ini ???

Pada 27 Jun 2011, Ambiga Sreevanasan, iaitu pengerusi BERSIH 2.0 telah membuat kenyataan berikut kepada media, 

“BERSIH ada menerima sejumlah kecil sumbangan daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) bagi projek-projek lain, yang tiada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan.”

Pokoknya di sini, bukanlah kecil atau besar sumbangan tersebut tetapi dari siapa dan kenapa ??? 

Tentang untuk apa ia digunakan, Ambiga boleh kelentong apa saja kerana beliau pastinya baru tersedar yang perkara yang didedahkannya itu akan menjerat dirinya. 

Justeru, eloklah kita kaji sendiri apakah ‘projek-projek’ lain yang disebut Ambiga? 

Untuk tujuan ini, kita harus terlebih dahulu mendalami siapa NDI yang memberi sumbangan ‘kecil’ kepada BERSIH ??? 

NDI adalah salah satu dari empat komponen NED atau National Endowmen for Democracy. 

Di dalam laman web NDI sendiri, iaitu www.ndi.org juga ada melaporkan bahawa program NDI di Malaysia adalah ditaja oleh NED.

Siapa atau apakah NED ??? 

NED (National Endowment for Democracy), adalah salah sebuah yayasan dana demokrasi, topeng CIA yang didalangi neocon di Amerika Syarikat (AS). 

NED diasas oleh Ronald Reagan pada tahun 1983. 

Pengerusinya, Carl Gershman adalah seorang ahli neo-konservatif. 

Untuk pengetahuan, Rahimi Othman, bekas setiausaha Anwar pernah mendedahkan surat Anwar kepada Gershman yang bertujuan meminta dana juga. 

Seorang wartawan barat, William Blum dalam tulisan bertajuk “NED and Project Democracy” mendedahkan NED telah campur tangan di dalam hubungan di negara-negara luar dengan memberikan dana, kemahiran teknikal, latihan, bahan-bahan pelajaran, komputer, mesin faks, mesin fotokopi, dan kereta kepada kumpulan politik yang terpilih, organisasi masyarakat, kesatuan, puak penentang, kumpulan pelajar, penerbit dan akhbar, dan sebagainya atas tujuan menggulingkan kerajaan yang sah bagi membolehkan pemimpin yang pro-Amerika/neocon berkuasa. 

Sebelum ini NED telah melakukan perubahan kerajaan di Panama, Nicaragua, Haiti dan kini diteruskan lagi di Timur Tengah dan Thailand.

NDI mengaku telah mengadakan beberapa program di Malaysia bagi menghadapi pilihanraya 2008. 

Program tersebut melibatkan Research for Social Advancement (REFSA), BERSIH Amnesty International Malaysia (AIM), All Women’s Action Society (AWAM), Centre for Independent Journalism (CIJ), Komuniti Masyarakat (KOMAS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women’s Aid Organisation (WAO), Writer’s Alliance for Media Independence (WAMI), Bar Council dan beberapa yang lain.

Jika dibuat sedikit kajian anda akan mendapati bahawa hampir semuanya yang disebut diatas menerima dana dari NED dan juga OSI (Open Society Insitute) yang dimiliki oleh George Soros. 

Maka, kita berbalik kepada soalan tentang kenapa mereka ini memberi dana kepada BERSIH ??? 

Tidak lain tidak bukan ialah untuk menumbangkan kerajaan Islam yang sah di Malaysia untuk digantikan dengan kerajaan yang lebih liberal, plural dan patuh kepada kumpulan neo-konservatif. 

Inilah sedikit sebanyak tentang siapa penaja BERSIH. 

Jika masih lagi ada yang bersikap skeptical dan bertanya kenapa NED atau NDI perlu ‘mengganggu’ Malaysia, jawapan I4TT ialah rujuklah kepada Al-Quran tentang bagaimana orang-orang Yahudi itu tidak akan duduk diam selagi mereka tidak dapat mengalahkan Islam.




Isnin, 26 Mac 2012

EKLUSIF- YB Salleh Man DiJangka Buat Kejutan.

Yb Salleh Man yang merupakan Adun Permatang Pasir dijangka akan membuat satu keputusan diluar jangkaan. Ketika ditemuinya semasa mesyuarat Gelombang Biru yang bertempat di Mee Udang, Pengkalan Tambang beliau merasakan tertipu dengan janji-janji DAP serta Anwar Ibrahim sendiri apabila sewaktu pertandingan bagi merebut kerusi Dun Permatang Pasir dulu, beliau dijanjikan YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Beliau juga memberitahu kami bahawa beliau tertekan dengan janji-janji kosong tersebut kerana setiap kali berdepan dengan penyokong-penyokong beliau, beliau terpaksa menipu konon-kononnya akan memikul tugas tersebut sedikit masa nanti.

Beliau juga menyedari bahawa peranan PAS dalam kerajaan Pulau Pinang umpama melukut ditepi gantang apabila selalu disisihkan dalam membuat sebarang keputusan berkenaan dengan Agama Islam. Banyak lagi kepincangan kerajaan DAP yang akan didedahkan beliau nanti.

Menurutnya lagi bahawa pendedahan yang dibuat oleh Mohamad Rozali yang merupakan bekas pegawai sulit YB Jeff Ooi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara apabila DAP/PR berjaya membentuk kerajaan, tidak dapat diterimanya dan beliau dijangka membuat satu kejutan semasa kedatangan Hassan Ali yang mengadakan ceramah di Permatang Pasir pada 7 April nanti. Sama-sama kita nantikan apakah kejutan.


Kelihatan Yb Salleh Man bersama dengan Penyelaras Dun Permatang Pasir, Tuan Hj Rahim Man den Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pmtg. Pauh, Cikgu Zaidi.

Macam kembar seiras. Tn Hj Rahim Man sempat bergurau "kali ini tukar Salleh Man dengan Rahim Man pulak"


Sumber: Kami Sedia

Jumaat, 16 Mac 2012

Berbillion Wang Berjaya Di Kumpul Pakatan Untuk PRU13

AIDCNews – 14/03/12 – “Banyak program-program yang dianjurkan pihak asing ini..seperti Konrad Adeneur Foundation (KAF)..Open Society..dan lain-lain..pada saya ini memang sudah berlaku dalam PKR”, kata Datuk Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu.


Zulkifli turut tidak menafikan faktor bantuan asing merupakan faktor kemenangan besar PKR dalam pilihanraya umum ke-12.

“Saya tidak menafikan memang kita menerima bantuan asing, kita menerima latihan dari NGO -NGO asing ini, bagaimana nak berkempen, kita nak berjumpa dengan orang ramai macam mana, sampai saya sendiri ketika kita nak menganjurkan demostrasi contohnya, saya dihantar berkursus di Viena, di Filipina, bagaimana nak berdemo, ini semua memang tajaan badan-badan asing ini, itu semua orang dah tahu.

Saya lihat badan-badan asing ini ghairah untuk melihat kejatuhan kerajaan yang sedia ada sekarang ini kerana mereka mempunyai agenda sendiri di rantau Asia ini untuk memenuhi nafsu pihak-pihak tertentu katanya.




sumber Pisau

TUN M Balun Nik Aziz






Selasa, 6 Mac 2012

Ni Diaaaa..... Surat Anwar

klik image untuk lebih jelas

The letters shown here were sent to Soros through his address at the Soros Fund Management, 888, 7th Avenue, 33rd Floor New York, NY 10106.

Other than Soros Fund Management, the thieving currency trader who supports the progressive liberals also owns two other funds, namely the Open Society Institute (OSI) and Quantum Fund.

In Poland, Soros controls the Stefan Batory Foundation.

In the letter, Anwar in his capacity as the honorary president of AccountAbility seeks Soros’s permission to see his (Anwar’s) boss, Simon Zadek, who is the Chief Executive Officer of AccountAbility.

Both Zadek and Anwar are board members of the Advisory Board of Generation Investment Management (GIM), which is an investment company owned by Al Gore.

The purpose of the meeting was to discuss collaboration between AccountAbility and Soros Fund Management.

“I am convinced that your and AccountAbility’s work are closely aligned and hope that you are of the same view.

“If so, might I suggest we take the conversation forward in exploring practical areas where collaboration might be appropriate,” wrote Anwar. - sumber AIDC


Pendedahan Surat dan Rakaman Telifon -ANWAR &YAHUDI



Kalau aritu depa dok kalut pasai surat-surat Dr.Mahathir kepada Israel, kali ni pulak kita nk dedahkan surat-surat serta rakaman telifon Anwar dengan Geng Yahudinya.

Sumber terkini memberitahu ada pihak yang sedang berusaha mendapatkan surat-surat, rakaman telefon dan meeting antara Anwar dan geng-geng Yahudinya, termasuk proksi PM Israel.

Menurut sumber lagi, surat-surat tersebut wujud dan menulis mengenai sokongan Anwar secara rahsia kepada kerajaan Rejim Yahudi Zionis Israel. Begitu juga dengan rakaman-rakaman telefon dan meeting antara mereka.

Dikatakan juga ia hanya menunggu masa yang sesuai untuk meletoooppp..!!! Heh! Bila tu? Masa PRU13? Heh!

Apa pun, kalau betul la seperti yang dikata...aku tak sabar nak tengok Anwar lari masuk ke dalam kedutaan Israel kat Singapore...heh! Masa tu, tak mustahil orang akan lempang dan ludah muka Anwar kalau dia tunjuk muka kat Malaysia ni..heh!

Rabu, 8 Februari 2012

Anwar Hebat!! Bila Berjaya Meliwat PAS



APA yang sedang berlaku kepada Pas sekarang hampir menyerupai krisis yang menggugat pucuk pimpinan UMNO lebih 12 tahun lalu. Penerapan anasir-anasir Datuk Seri Anwar Ibrahim menggoncang Pas dan akan menghancurkannya jika kesedaran tidak mengatasi sentimen yang menutup akal dan mata terhadap kebenaran.

Bezanya cuma Anwar tidak sempat menukarkan nilai dan prinsip asal UMNO walaupun percaturan politiknya berjaya menyingkirkan semua halangan kepada kemaraannya, tetapi Pas telah berjaya dikuasainya sehingga menukarkan keperibadian, memesongkan akidah, menjadikan kepimpinan ulama hanya sebagai patung-patung dan Pas menjadi ultra liberal.

Halangan besar kepada Anwarisme iaitu Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali manakala Azizan menunggu giliran. Kepimpinan ulama umpama melukut di tepi gantang walaupun sesekali cuba tunjukkan Al ulama Warisatul Ambia (ulama mewarisi kenabian).

Tun Dr. Mahathir Mohamad membawa masuk Anwar ke dalam UMNO pada 1982 dengan harapan akan menggelapkan masa depan Pas tetapi 18 tahun kemudian tangannya sendiri digigitnya.

Dr. Mahathir hampir keseorangan dalam saat kecemasan menghadapi cabaran genting terhadap kepimpinannya. Yang tinggal hanya mereka yang bersiap sedia untuk mengikut arus.

Semua ini berlaku menerusi taktik terancang, penguasaan institusi strategik, mengambil kuasa ke atas media arus perdana, elektronik dan cetak, memperkecilkan projek-projek mega Perdana Menteri, membangkitkan amalan kronisme, memperkenalkan Islam Madani untuk menyaingi gagasan Penerapan Nilai-Nilai Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dinafikan sebagai inisiatif Dr. Mahathir, persengketaan dengan Singapura didakyah sebagai berpunca daripada Dr. Mahathir dan pelbagai lagi tikaman dari dalam untuk menghilangkan keyakinan terhadap kepimpinannya.

Dr. Mahathir hanya tersedar pada saat terakhir, dalam keadaan lemas dan cemas, tetapi kekuatan minda dan jiwa luar biasa yang ada padanya dengan bantuan segelintir kawan-kawan yang masih setia telah membolehkan beliau timbul semula dan berenang mengharungi badai serta mengalahkan pencabarnya.

Apabila Datuk Kamaruddin Jaafar bekas Setiausaha Agung ABIM dan Setiausaha Politik Anwar menyertai Pas dan dengan pantas mendapat tempat sebagai Setiausaha Agung Pas, maka kelihatan jelas strategi penyusupan yang cukup licin untuk mengAnwarismekan Pas.

Tetapi barangkali Pas terhidu bahaya maka langkah seperti menarik benang dalam tepung diambil. Kamaruddin telah digantikan dengan Datuk Mustafa Ali, seorang nasionalis yang merupakan survivor handal dalam Pas.

Mustafa telah selamat mengharungi ombak politik apabila pimpinan nasionalis cauvinis Pas digulingkan oleh kepimpinan ulama dogmatis dan seterusnya dalam keadaan Pas berada di lembah ultra liberal.

Menguasai
Grand design Anwar dari awal penyertaannya untuk menguasai UMNO dimudahkan oleh kepimpinan Dr. Mahathir yang memberikan kepercayaan penuh kepadanya tetapi akhbar Utusan Malaysia tidak turut terperangkap dalam strategi medianya yang diinisiatifkan oleh orang kuatnya daripada Berita Harian. Namun keadaan berubah setelah berlaku perubahan pucuk kepimpinan Jabatan Pengarang Utusan Melayu.

Kelemahan Dr. Mahathir di sebalik semua keulungan, kepintaran, kebijaksanaan, kecekapan dan keberaniannya yang mengagumkan rakyat Malaysia dan juga masyarakat dunia ialah beliau boleh terpengaruh dengan orang yang karismatik, petah bercakap dan pandai berdrama dengan idea-idea besar.
Kebanyakan wartawan dapat mencium lebih dahulu perasaan tidak sabar Anwar untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir.

Dengan berasaskan kepada semua maklumat yang sahih, suatu hari saya memberitahu Dr. Mahathir tentang ancaman yang sedang di dihadapinya di belakang tabir tetapi beliau bertanya kepada saya, “Zam, yang baik tentang Anwar tak adakah, semuanya hanya buruk belaka”.

Dalam program Hal Ehwal Semasa terbitan RTM pada April 1993, Rosnah Majid daripada Utusan Malaysia mendedahkan strategi Anwar yang ketika itu baru menjadi Menteri Kewangan untuk mencabar Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Program itu disertai juga oleh Rijal Arbee daripada Berita Harian sebagai panel dengan Dr. Kamal Salih daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) sebagai moderator.

Rosnah telah bertanya; Apakah benar saudara Anwar akan mencabar Ghafar untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO? Anwar mengalih pertanyaan itu dengan jawapan, “Apa gunanya dibangkitkan pekara ini sekarang sedangkan pemilihan pucuk pimpinan akan berlaku hanya pada November.”

Tetapi apabila Rosnah mengemukakan bukti bahawa beliau telah mengatur strategi yang cukup rapi dengan meletakkan orang-orangnya dalam semua media termasuk Utusan Malaysia, TV3 dan Berita Harian untuk mempromosinya, Anwar kemudian naik berang dan terus menuduh pertanyaan Rosnah itu mewakili orang yang benci dan iri hati dengannya.

Taktik inilah juga yang digunakannya sehingga sekarang apabila ada pertanyaan wartawan yang mencabar kredibiliti atau mendedahkan pembohongannya. Sudah lumrah mereka mendengar jawapan balas dengan pertanyaan daripadanya, “Oh, awak dari mana? Daripada UMNO, alat Barisan Nasional,” dan sebagainya.
Banyak peristiwa yang menimbulkan keraguan tentang penghayatan Anwar dengan nilai dan aspirasi UMNO.

Tentangan
Demikian juga dalam isu penentangan terhadap pertubuhan ajaran sesat Al-Arqam. Walaupun Perdana Menteri menyokong kuat perjuangan Utusan Malaysia untuk mengharamkan Al-Arqam tetapi akhbar Berita Harian menyokong gerakan itu dengan pelbagai publisiti dan menganjurkan majlis baca puisi Al-Arqam di PWTC. Anwar menjemput pemimpin Al-Arqam dan ahlinya berbuka puasa di kediaman beliau di Damansara bersama-sama dengan para wartawan dan pengarang kanan akhbar.

Apabila saya memberitahu Dr. Mahathir bahawa Utusan Malaysia tidak akan menghentikan penentangan terhadap Al-Arqam kerana berseorangan dalam hal ini, Dr. Mahathir meminta ia diteruskan kerana beliau tetap menyokong tetapi tidak menyedari siapa yang sedang menikam dari belakang.

Apabila Anwar menguasai Utusan Malaysia sepenuhnya, rombongan Al-Arqam telah melawat Ibu Pejabat Utusan Melayu dan diberikan sambutan. Namun akhirnya Al-Arqam telah diharamkan.

Harus diingatkan banyak peristiwa ‘gunting dalam lipatan’ hanya terdedah bila Dr. Mahathir menyedari kesilapannya tetapi beliau terpaksa membayar harga politik yang sangat mahal untuk menyingkirkan seorang yang amat dipercayai dan disayanginya pada saat-saat kedaulatan negara hampir tergadai kepada kuasa asing dan maruah bangsa yang dibinanya sejak lebih 20 tahun hampir terpadam.

Saya pernah memberitahu Dr. Mahathir secara terbuka dalam tulisan dan juga dalam ucapan semasa menjadi Menteri Penerangan dan sebelumnya, yang disiarkan oleh media cetak bahawa kesilapan besar beliau adalah membawa masuk Anwar ke dalam UMNO, tetapi beliau menjawab, “Mana saya tahu dia akan berbuat demikian”.

Sebenarnya tidak semua orang Pas yang percaya dan senang dengan Anwar, baik yang telah tersingkir atau yang masih berada di tampuk kuasa parti atau kerajaan.

Setelah saya kalah dalam Pilihan Raya 2008, saya telah menjemput Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk melancarkan buku Ulama Terbilang Negeri Kedah, Allahyarham Haji Abdul Rahman Merbok, yang diterbitkan oleh JASA semasa saya menjadi Menteri Penerangan.

Azizan menyetujuinya kerana saya rakan semaktab dengannya dan Haji Abdul Rahman ialah guru bapanya.

Tetapi suatu yang tidak dapat saya lupakan hingga hari ini ialah bisikan Azizan kepada saya di majlis itu yang diadakan di surau pekan Merbok, “Buat apa RTM buat siaran langsung debat dengan Anwar di Dewan Bahasa? Saya menjawab, “Saya bukan lagi Menteri Penerangan”.

Penerapan anasir-anasir Anwar ke dalam Pas telah memesongkan parti itu daripada jati dirinya serta kemurnian prinsip agung perjuangan Islamnya. Walaupun Anwar hanya menarik tali dari luar dan tidak berada di dalam Pas seperti dia berada dalam UMNO tetapi kesannya kepada Pas lebih buruk lagi.

Pas telah menjadi begitu toleran terhadap segala kemaksiatan yang menjadi bahan cacian dan kutukan terhadap UMNO sebelumnya, daripada penjualan arak, persundalan, murtad, seks songsang dan terakhir, penerimaan kepada kepimpinan yang mahukan pengiktirafan terhadap keselamatan Israel.

Sudah terlalu lewat untuk Pas kembali ke pangkal jalan. Pas tidak mempunyai seorang manusia luar biasa yang berkaliber besar seperti Dr. Mahathir dalam UMNO yang berupaya mengumpul serta memulih kekuatannya dengan pantas, tegas dan nekad untuk timbul semula bagi menentang dan memusnahkan musuh dalaman.

Tidak ada siapapun dalam Pas yang akan dapat menandingi kekuatan Anwar. Para ulama pun telah menjadi umpama patung-patung.

Apa yang dapat diucapkan kepada Pas dalam saat-saat kesedihan menyaksikan penyerahan dirinya kepada segala kemungkaran hanyalah “Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya"

Anwar Hebat!!! Bila Gambar Beliau Diterbitkan Oleh Majalah Porno Jepun


"Anwar pemimpin dikenali dunia "... itu lah ungkapan sering disebut penyokong2 PKR .Ternyata memang tepat sekali .

Hari ini blog GAP gelarkan Anwar sebagai Bapak Porno Negara kerana nama pemimpin PKR yang juga bakal PM Malaysia ini telah masuk dalam majalah porno terkenal di Jepun iaitu BUBKA .

Kegiatan seks pemimpin politik Malaysia pun sudah tersebar sampai Jepun .. GPB tak dapat bayangkan kalau Anwar jadi PM , mana rakyat Malaysia terutama orang Melayu nak letak muka jika pemimpin seperti ini jadi orang No 1 negara.

Walaupun rakyat negara terbabit tak tahu cerita sebenar tentang video seks China Doll ini, tapi persepsi mereka bila melihat gambar ini sudah beri imej buruk kepada negara.



Kalau gambar seperti ini berlaku kepada pemimpin negara lain , sudah
lama letak jawatan ..tapi di Malaysia lain sikit sebab video itu besi
dan tak boleh dijadikan bukti ...



Jika cerita seperti ini jadi kat pemimpin BN , sudah lama Mak Lampir &
Mahfuz Bean buat sidang media tibai kaw-kaw mendesak
letak jawatan kerana telah memalukan negara

Sabtu, 14 Januari 2012

Cehh!! Ada Hati Nak Tawan Putrajaya!! Poodahh!!


APA DAH JADI KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT DI NEGERI KERAJAAN PAS HARI INI ?

MACAM INI KE SAMBUTAN KEMENANGAN KEBEBASAN ANWAR OLEH PERWAKILAN PEMIMPIN AKAR UMBI PAKATAN ?

INI MEMBUKTIKAN ADA KELEMAHAN KETARA DALAM PAKATAN DALAM MENGHADAPI PRU 13 WALAUPUN ANWAR IBRAHIM SERING MELAUNGKAN NAK TAWAN PUTRAJAYA .

JIKA SEPERTI INI SAMBUTAN MEREKA UNTUK GEMPAQ BN KONON SUDAH BERSEDIA NAK TAWAN PUTRAJYA , JANGAN MIMPI LA ....




ALOR SETAR: Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 bermula dengan sambutan hambar apabila sebahagian besar kerusi perwakilan yang disediakan diruang utama Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Suka Menanti disini kosong.


Sehingga hampir pukul 10 pagi iaitu selepas sejam majlis bermula, kelihatan hanya kira-kira 1,200 perwakilan memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan kepada lebih 2,000 perwakilan.Turut kosong kerusi dibahagian pemerhati yang hanya dipenuhi kira-kira 400 orang.


Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar mensasarkan kehadiran lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati pada konvensyen kali ini.Konvensyen yang bermula pada pukul 9 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Pemuda Pakatan Rakyat.-MSTAR

Sumber: Pejuang Bangsa

Ahad, 8 Januari 2012

Ada Hikmah Di Sebalik Yang Berlaku - Hakim Bukan Malaikat



Ternyata Hakim membuat satu keputusan diluar dugaan. Ramai termasuk pembangkang yakin Anwar akan didapati bersalah. Malah saya rasa pihak pembangkanglah yang LEBIH yakin Anwar akan disabitkan salah sebab laungan konspirasi dan pelbagai slogan yang disalak akhir-akhir ini.

Saya lihat keputusan hakim tadi jelas memerangkap pihak pembangkang dan membantutkan apa yang dirancang. TIDAK ADA kekecohan ketara dikalangan pendemo haram ...... TIDAK ADA ISU yang dapat di jual hasil penat lelah berkumpul tak tidur malam sesetengah dari mereka.

Malah saya rasa lega pula ! Bukan kerana Anwar bebas tapi kerana satu malapetaka dapat dielakkan. Tuhan saja yang tahu apa yang mungkin berlaku sekiranya berlaku rusuhan tadi...

OK, reaksi pertama saya kesan terhadap pembebasan Anwar tadi dalam senario politik kita - Anwar @ Pembangkang TERPERANGKAP dengan segala tuduhan liar yang dilemparkan terhadap kerajaan selama mana kes ini berlangsung. Mereka menjaja pelbagai cerita buruk konon segalanya sudah dirancang - Anwar AKAN didapati bersalah dan dipenjarakan - dan konon timingnya tepat ketika negara berdepan PRU13 ..... sekarang ?

Bayangkan bagaimana pandangan semua pihak baik luar dan dalam negara terhadap kerajaan sekarang ? Bagaimana agaknya mereka melihat Anwar pula sekarang ? Disebalik ucapan tahniah kepada Anwar yang pastinya menyusul, waktu sama, tidakkah mereka juga akan mengucapkan tahniah diatas KEADILAN sistem perundangan negara kita ?

Saya melihat momentum pembangkang seakan terbantut, macam kereta yang tersekat-sekat dek kekurangan minyak kerana segalanya telah dirancang berandaikan Anwar didapati bersalah ! Betul .... disebalik segala tuntutan mahukan Anwar dibebaskan, mereka sebenarnya bergantung kepada keputusan Anwar akan didapati bersalah. Momentum mereka akan masuk gear kelima dengan segalanya digerakkan seiring dengan rayuan peguambela Anwar, satu dunia akan mereka jelajahi meminta simpati ...

Sekarang ..... ? Anda sendiri rasa bagaimana ? Tidakkah disebalik kekecewaan / kegembiraan ( pilih mana satu ) terdapat satu macam kelegaan ? Seolah satu fasa baru politik, satu muka baru sedang dibuka BUKAN seperti yang diduga ?

Kedua-dua pihak saya lihat akan balik ke drawing board dan terpaksa merancang pelan baru.

Dan jangan lupa, pihak pendakwa pastinya akan merayu .... kali ini tekanan dan persepsi negatif terhadap kerajaan ternyata amat kurang. Sekiranya diadakan Round 2 untuk 901, saya rasa kesannya tak begitu kuat.

Pendek kata, keputusan Hakim tadi buat banyak pihak mati kutu !