Salam Perjuangan & Salam 1 Malaysia.
Pada 3 November 2010, Jam 8.30 malam. Ayah telah dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri, badannya sejuk dan berpeluh. Ayah dibawa ke hospital Bukit Mertajam dengan menaiki Ambulan, Kami adik beradik menunggu ayah apabila dimasukkan ke Wad Kecemasan dan hampir 2 jam ayah dirawat dan dimaksukkan ke Wad 9 hospital tersebut. Malam itu Abang menunggu ayah disitu dan keadaan ayah separuh sedar.
Pagi itu ramai saudara mara serta penduduk kampung datang menziarahi ayah serta beberapa rakan ayah dari PPK Kampung Pelet juga tak ketinggalan menziarahi ayah. Ayah merupakan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kampung Pelet.
Pada malam berikutnya aku menjaga ayah di situ dan keadaan ayah masih tidak sedarkan diri, kulihat dahinya sering berpeluh dan tangan kirinya sejuk yang menandakan darah tidak dapat mengalir ke urat saraf ayah, tapak tangannya kebiruan. Aku sering menyapu peluh didahi ayah.
Pada jam 6 pagi keadaan ayah nampak begitu kritikal, ayah tak dapat bergerak lagi hanya nafasnya yang semakin kencang, ku cuba memangil-mangil ayah tetapi tiada tindak balas dari ayah aku tahu ayah semakin nazak lalu ku SMS kepada semua adik beradikku menyatakan yang ayah semakin tenat dan minta semuanya datang.
Doktor yang merawat ayah datang menemuiku dan menyatakan keadaan ayah yang katanya tenat lalu meminta aku menandatangani sekeping surat yang menyatakan ayahku tenat dan meminta aku memangil seluruh adik beradik datang.
Jam 8 pagi kesemua adik beradik datang berkumpul dan doktor memberi penerangan tentang keadaan ayah yang sangat tenat. Stroknya sudah sampai ke saraf otak dan doktor tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Aku tak sangup melihat wajah ayah disaat itu dan sering keluar untuk menangis setiap kali aku melihat wajah ayah, air mataku tak henti mengalir.
Sewaktu pilihanraya Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi sedang rancak berlangsung tepat jam 11.50 pagi ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir disamping kesemua anak-anak dan menantunya. Jenazah ayah dibawa pulang.
Kami adik beradik bersama-sama memandikan ayah dan disaat ayah mahu dikapankan sekali lagi air mataku mengalir dengan laju sewaktu ku cium dahi ayah buat kali yang terakhir, Cikgu Zaidi yang berada dibelakangku menyabarkan aku dengan menepuk-nepuk bahuku. Terima kasih Cikgu Zaidi dan Tuan Haji Rahim Man kerana dapat menziarahi kami.
Bagi aku ayah merupakan insan yang hebat dan sangat rajin bekerja, aku terlalu menyayanginya dan sangat berbangga dengannya. Aku bersyukur kepada Allah kerana diberikan seorang ayah sepertinya.
Ayah seorang pejuang UMNO yang tulen yang sanggup menghabiskan wang ringgitnya demi UMNO dan kebajikan ahli-ahli UMNO di kampung Guar Jering. Ayah juga tak sabar mengetahui keputusan pilihanraya dun Galas tapi apakan daya sudah takdirnya dia pergi dulu.
Tuan Haji Hassan Bin Sulaiman (PJK)
1934 - 2010
*Mantan Ketua UMNO Cawangan Guar Jering
*Mantan Ketua UNIT Guar Jering PPK Kg Pelet.
*AJP Pertubuhan Peladang Kampung Pelet.
*Pernah memenangi tempat ketiga Peladang jaya lelaki terbaik peringkat kebangsaan.
Aku doakan semoga ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-fatihah
Coretan: Saiful Azhar Bin Hassan
Ketua Umno Cawangan Guar Jering
PESANAN AYAH
Anak-anak ayahPada 3 November 2010, Jam 8.30 malam. Ayah telah dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri, badannya sejuk dan berpeluh. Ayah dibawa ke hospital Bukit Mertajam dengan menaiki Ambulan, Kami adik beradik menunggu ayah apabila dimasukkan ke Wad Kecemasan dan hampir 2 jam ayah dirawat dan dimaksukkan ke Wad 9 hospital tersebut. Malam itu Abang menunggu ayah disitu dan keadaan ayah separuh sedar.
Pagi itu ramai saudara mara serta penduduk kampung datang menziarahi ayah serta beberapa rakan ayah dari PPK Kampung Pelet juga tak ketinggalan menziarahi ayah. Ayah merupakan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kampung Pelet.
Pada malam berikutnya aku menjaga ayah di situ dan keadaan ayah masih tidak sedarkan diri, kulihat dahinya sering berpeluh dan tangan kirinya sejuk yang menandakan darah tidak dapat mengalir ke urat saraf ayah, tapak tangannya kebiruan. Aku sering menyapu peluh didahi ayah.
Pada jam 6 pagi keadaan ayah nampak begitu kritikal, ayah tak dapat bergerak lagi hanya nafasnya yang semakin kencang, ku cuba memangil-mangil ayah tetapi tiada tindak balas dari ayah aku tahu ayah semakin nazak lalu ku SMS kepada semua adik beradikku menyatakan yang ayah semakin tenat dan minta semuanya datang.
Doktor yang merawat ayah datang menemuiku dan menyatakan keadaan ayah yang katanya tenat lalu meminta aku menandatangani sekeping surat yang menyatakan ayahku tenat dan meminta aku memangil seluruh adik beradik datang.
Jam 8 pagi kesemua adik beradik datang berkumpul dan doktor memberi penerangan tentang keadaan ayah yang sangat tenat. Stroknya sudah sampai ke saraf otak dan doktor tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Aku tak sangup melihat wajah ayah disaat itu dan sering keluar untuk menangis setiap kali aku melihat wajah ayah, air mataku tak henti mengalir.
Sewaktu pilihanraya Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi sedang rancak berlangsung tepat jam 11.50 pagi ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir disamping kesemua anak-anak dan menantunya. Jenazah ayah dibawa pulang.
Kami adik beradik bersama-sama memandikan ayah dan disaat ayah mahu dikapankan sekali lagi air mataku mengalir dengan laju sewaktu ku cium dahi ayah buat kali yang terakhir, Cikgu Zaidi yang berada dibelakangku menyabarkan aku dengan menepuk-nepuk bahuku. Terima kasih Cikgu Zaidi dan Tuan Haji Rahim Man kerana dapat menziarahi kami.
Bagi aku ayah merupakan insan yang hebat dan sangat rajin bekerja, aku terlalu menyayanginya dan sangat berbangga dengannya. Aku bersyukur kepada Allah kerana diberikan seorang ayah sepertinya.
Ayah seorang pejuang UMNO yang tulen yang sanggup menghabiskan wang ringgitnya demi UMNO dan kebajikan ahli-ahli UMNO di kampung Guar Jering. Ayah juga tak sabar mengetahui keputusan pilihanraya dun Galas tapi apakan daya sudah takdirnya dia pergi dulu.
Tuan Haji Hassan Bin Sulaiman (PJK)
1934 - 2010
*Mantan Ketua UMNO Cawangan Guar Jering
*Mantan Ketua UNIT Guar Jering PPK Kg Pelet.
*AJP Pertubuhan Peladang Kampung Pelet.
*Pernah memenangi tempat ketiga Peladang jaya lelaki terbaik peringkat kebangsaan.
Aku doakan semoga ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-fatihah
Coretan: Saiful Azhar Bin Hassan
Ketua Umno Cawangan Guar Jering
PESANAN AYAH
Dengar betu-betul pesan ayah
Lepas ni tak boleh cakap dah
Apabila kelu mulut dan lidah
Sekiranya esok ayah pegi
Jangan le anak ayah tangisi
Tapi kalau sedih di sanubari
Itu tanda anak ayah tetap dihati
Nabi dulu pun sedih juga
Bila anak lelaki dia pergi tiga-tiga
Tapi jangan nangis lama sangat
Banyak benda anak ayah kena buat
Sedih lama sangat ayah tak mahu
Sebab tempat ayah pegi tu semua dah tahu
Ayah nak jumpa Dia
Ayah menyahut seruan Nya
Mula-mula sekali
Pasal solat sudahlah pasti
Kena buat setiap hari
Jangan abaikan walau sekali
Anak-anak ayah kena janji
Kena jaga diri sendiri
Ayah serahkan anak-anak pada Allah
Sebagai Penjaga, Pemelihara ayah berserah
Anak-anak ayah
Mama tu kena le dijaga
Waktu susah waktu selesa
Selama ni dia dah berjaga
Membesarkan kamu semua
Bila ayah dah pergi
Ayah dah tak de sapa-sapa
Kalau anak-anak ayah sudi
Doa-doakan ayah kat sana
Kalau anak-anak ayah simpati
Kirim-kirimlah fatihah
kalau ayah dekat dihati
Rajin-rajinlah bersedekah
Bukannya apa
Ayah dah tak de apa
Amal pun tak seberapa
Dosa yang bertimpa-timpa
Doa-doakanlah ayah
Semoga Allah tak marah
Banyaknya dosa tak tahu nak cakap dah
Soal jawab diharap mudah
Anak-anak ayah dah tahu dah
Ayah nak anak-anak ayah
Jadi hafiz dan hafizah
Jangan hampakan harapan ayah
Nanti bila ayah dah pergi
Anak-anak ayah jangan kelahi
Harta dunia ni macam daki
Semua orang boleh cari
Yang ada tu pakat le kongsi
Amalan setiap malam jangan dilupa
Surah Al Mulk Sejadah selalule baca
Solat malam diteruskan juga
Walau terpaksa bersengkang mata
Al quran dan Sunnah jadi panduan
Ayah ingatkan sebagai bekalan
Tinggalan oleh Rasul junjungan
Buat umat sepanjang zaman
Kawan-kawan ayah tolong beritahukan
Orang bawahan orang atasan
Segala silap tolong maafkan
Maklum le ayahkan Cuma insan
Hutang ayah tolong selesaikan
Guna duit ayah dalam simpanan
Yang baki tu bahagi2kan
Untuk yg hidup jadi bekalan
Ingat le anak-anak ayah nak kata
Pesan ni mesti dikota
Hidup jangan bersengketa
barulah kita tidak derita
Sekian saja pesanan ini
Untuk yang hidup dari yang mati
Ayah ni jangan dilupai
Lawatlah ayah jengukle sesekali
Di pusara ayah menanti
Amal sedikit temani diri
Wasiat ayah sila turuti
Supaya hidup bahagialah diri
p/s: Jangan lupa cium dahi ayah sebelum dikapankan yaa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan