Ahad, 7 November 2010
Anwar Penyebab Utama Pas Kalah Di Galas
Kekalahan Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas membuktikan penolakan rakyat terutamanya di Kelantan terhadap parti Islam itu, kata Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor.
Menurutnya, kredibiliti Pas dilihat kian luntur akibat sanggup mengetepikan prinsip agama yang sepatutnya diberi penekanan dalam perjuangan dan membela nasib rakyat, hanya semata-mata kerana kepentingan politik.
Katanya, tindakan Pas yang terus mengangkat manusia yang rendah nilai moralnya seperti Anwar Ibrahim (Datuk Seri) menjadi pemimpin walaupun semakin jelas petunjuk dan pendedahan dibuat mengenai siapa penasihat Parti Keadilan Rakyat itu dibuat, turut menjadi punca hilangnya kepercayaan penyokong Pas kepada parti itu.
“Kekalahan di Galas sebagai satu petunjuk kepada Pas dari rakyat supaya parti Islam itu tidak bersekongkol dengan pemimpin yang melampaui batas seperti Anwar Ibrahim.
“Pas juga hilang banyak pengaruh khususnya orang Melayu kerana turut bersekongkol dengan parti yang melampaui batas seperti DAP,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, DAP sejak ditubuhkan sentiasa melakukan pelbagai cubaan halus termasuk tindakan pemimpinnya yang dilihat yang mencemuh dan menghina asas perlembagaan yang memberi tempat utama kepada perjuangan Islam, Melayu dan Bumiputera.
Menurutnya, Pas yang sebelum ini mendakwa mendaulatkan Islam kini semakin dipengaruhi oleh DAP hingga mengetepikan prinsip Islam yang menjadi asas parti dengan menjadi ‘sahabat baik’ parti ini hanya kerana mahu merebut undi.
“Saya berharap dan berdoa kekalahan di DUN Galas memberi iktibar kepada Pas untuk tidak lagi menjadi kuda tunggangan kepada Anwar Ibrahim dan DAP yang ternyata sudah melampaui batas,” katanya.
Pilihan raya kecil DUN Batu Galas menyaksikan calon BN, Abdul Aziz Yusof menang dengan majoriti 1,190 undi menewaskan calon Pas, Dr Zulkefli Mohamad. Pas hanya mampu mendapat 4,134 undi berbandong BN yang mengaut 5,324 undi.
p/s: Anwar dan Nik Aziz memang dah jadi liabiliti didalam PR sekarang. Kalau di masa PRU13 nanti masih ada dua ekor mangkuk hayun ni.., jahanam teruslah PR.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan