Rabu, 22 Jun 2011

PANAS!!! PAS Buat Solat Hajat Untuk Ambiga


Dewan Ulama PAS Pusat menyeru diadakan Munajat Perdana di seluruh negara sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

“Sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang insya Allah akan diadakan 9 Julai ini, maka Dewan Ulama PAS Pusat menyeru supaya seluruh pendukung PAS pimpinan, ahli dan penyokong mengadakan munajat perdana secara besar-besaran di stadium, padang-padang, markaz atau di mana-mana lokasi yang sesuai,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Nazmi Nik Din dalam satu kenyataan.

Katanya, Dewan Ulama setiap negeri diberikan tugas untuk menggerakkan dan merealisasikan ketetapan itu.

“Seluruh ahli dan pendokong PAS diseru supaya berdoa dan memohon kepada Allah SWT dengan rasa rendah diri dan tawadhuk di atas luar keupayaan kita untuk menghadapi tipu daya dan kejahatan oleh pihak-pihak tertentu yang mencemarkan proses pilihan raya di negara ini.

“Sebelum ini kita telah mendengar pelbagai penyelewengan yang telah berlaku untuk mengkhianati suara rakyat yang mahukan perubahan terhadap negara Malaysia yang tercinta ini,” katanya. - hARamKAH




P/S: Hahahahahaha... Nak buat tunjuk perasaan huru harakan negara pun lebai-lebai kangkong PAS suruh pengikut-pengikut bangang dia buat solat HAJAT? Ni mana punya ajaran nih yang lebai-lebai PAS ikut??

Gua rasa, lebai-lebai PAS malu nak cakap yang sebenarnya dorang nak buat solat HAJAT minta supaya Ambiga dipelihara keselamatannya.. Alaaa.. macam yang dorang buat dulu kat Khalipah Guan Eng di Penang laa...

Dulu Guan Eng dorang setakat baca doa dalam khutbah jumaat saja.. Tapi untuk Ambiga pujaan hati dorang tu.., dorang akan buat solat HAJAT special punya...

Ni lah akal semua penganut mahzab PAS... Bila gua kata dorang bangang.., dorang meroyan marah dan nak kafirkan gua.. Tapi dah jelas terbukti dorang semua tu memang bangang.., takkan gua nak panggil dorang cerdik pulak???

Sumber: MPP

1 ulasan:

  1. Yang berani bercakap berbohong macam ni memanglah "dewan" macam dewan badminton, yang dibina dari batu, besi. Tidak akan ada Ulama Islam sebenar, pewaris al-Quran dan Sunnah, yang akan bertindak seperti pemimpin politik PAS. Berpakaian seperti orang wara', tetapi bersekutu dengan kafir harbi, untuk menjatuhkan pemerintah yang sah, majoriti pemimpin Islam. Setelah itu, pemimpin politik PAS sanggup pula menjadi pengikut kepada kafir, asalkan mendapat sedikit jawatan dalam kerajaan itu nanti, itu pun kalau boleh menang, nampaknya lambat lagilah tu. Sedarlah wahai ahli PAS yang benar-benar mahukan Islam ditegakkan, telah puluhan tahun PAS mengadakan sembahyang hajat, munajat, berdoa malah ada yang mengambil kesempatan semasa di Mekah; maka terimalah apa yang ada kini sebagai takdir. Berbagai ujian dan petunjuk nyata telah berlaku, konon nak laksana hudud, diuji dengan Mat Sabu sendiri ditangkap khalwat, tak mampu nak dihudud pun. Hj Hadi sendiri diberi kemenangan di Terengganu atas janji laksana hudud, tapi palsu semata-mata, akhirnya tumbang. Kini PAS diuji setakat mana bersungguhnya hendakkan kemenangan dunia, rupanya hingga sanggup buang perjuangan Islam. Sangat malang, PAS masih terus sanggup mencemarkan sembahyang dan doa sebagai alat politik, bagi menyokong perkara haram terpekik terlolong di jalanraya, bercampurbaur lelaki perempuan malah menyokong kafir betina sebagai sebagai "tekong". Yang pasti, perbelanjaan besar itu nanti akan dibiayai oleh yahudi, seperti berlaku di negara-negara Arab/Islam lain. Tak percaya, cubalah pemimpin PAS anjurkan demonstrasi jalanan bertujuan untuk menegakkan al-Quran dan Sunnah sepenuhnya di negara ini, lihatlah apa reaksi ambiga atau majlis peguam, juga DAP. Dikala itu, barulah kita boleh gelar adanya Dewan Ulama dan Ulama dalam PAS.

    BalasPadam