Jumaat, 24 Jun 2011
Anwar Oh Anwar
Salam 2 all.
Melainkan Anwar Ibrahim sudah hilang sifat kemaluan, dia wajib letak jawatan!!! Semua jawatan. Takde dolak-dalih dah. Takde putar belit, takde bohong lagi. Semuanya sudah jelas. Daripada prosiding pertuduhan terhadap Datuk Trio pagi tadi di Mahkamah Kuala Lumpur atas dakwaan menyiarkan video lucah, terbukti perkara berikut:
1. lapuran pakar daripada Dartmouth College, New Hampshire, Amerika Syarikat mengesahkan lelaki didalam videoklip tersebut ialah Anwar Ibrahim;
2. rakaman kamera litar hotel membuktikan Anwar Ibrahim dan Datuk Eskay berada di lobi pada tarikh kejadian;
3. lapuran pakar membuktikan ketulinan rakaman tersebut dan tiada sebarang unsur tampalan atau 'superimpose';
4. Datuk Shazryl, rakan baik Anwar dan turut dirakam didalam videoklip tersebut serta turut kelihatan didalam kamera litar di lobi bersama Anwar mengakui lelaki itu ialah Anwar Ibrahim;
5. Videoklip tersebut mengesahkan terdapat tiga watak didalam videoklip tersebut iaitu seorang lelaki (Datuk Shazryl), seorang lelaki dikenalpasti sebagai Anwar Ibrahim dan seorang wanita berbangsa China.
Perlu teman tekankan disini kita tidak menuduh Anwar berzina dengan China-Doll tersebut. Itu persoalan yang perlu dibuktikan di Mahkamah Syariah berdasarkan beban pembuktian yang ditetapkan syara'.
Apa yang penting disini ialah video tersebut membuktikan Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin, apatah lagi menjadi Perdana Menteri sebuah negara umat Islam!
1. Di Amerika, Ahli Kongres Demokrat bernama Weiner meletakkan jawatan setelah gambar separuh lucahnya tersebar di laman cyber. Beliau mengakui kesilapan dan meletakkan jawatan, terutama setelah ditegur oleh Presiden Obama sendiri;
2. Di Turki, enam orang bakal calon pilhanraya sebuah parti politik meletakkan jawatan parti dan menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya Turki setelah video lucah membaitkan mereka disebarkan dilaman web;
3. Di Indonesia, saudara Ariffinto, Ahli MPR Parti Keadilan Sejahtera, Indonesia meletakkan jawatan setelah dirakan menonton satu videoklip lucah semasa Dewan sedang bersidang;
4. Di Amerika Syarikat, Dominique Strauss-Kahn, Pengarah Urusan IMF meletakkan jawatan setelah dikenakan pertuduhan cuba merogol seorang pembantu hotel di New York, dan menyerahkan sampel DNA nya untuk ujian pihak polis;
Tetapi di Malaysia, setelah dipanggil membela diri kerana meliwat pekerjanya sendiri Saiful Bukhori Azlan, dengan pembuktian DNA yang jelas; dan dengan videoklip yang disahkan ketulinannya dan disahihkan dengan laporan pakar ianya Anwar Ibrahim, diikuti dengan rakam kamera litar beliau berada dilobi bersama Datuk Eskay dihari kejadian: manusia yang ditabal oleh bininya sendiri sebagai anugerah tuhan bukan sahaja tidak mahu meletak jawatan, bahkan menyalahkan Kerajaan dan semua orang lain atas kegiatan tidak bermoral dia.
Kekadang bila tengok rentetan peristiwa diatas, orang kafir pun lebih tinggi maruah dan nilai diri serta prinsip mereka. Dan yang paling malang, manusia yang ditabal bin sendiri sebagai anugerah tuhan ini mengheret sekali para ulama' suk, ustad-ustad kalkatu dan yang sewaktu dengannya kedalam kancah kehinaan ini. Benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman ini nanti yang ma'ruf jadi mungkar, yang mungkar jadi ma'ruf. Dan yang lebih parah, kita disuruh buat yang mungkar, dan dicegah daripada membuat yang ma'ruf.
Nasihat teman kepada kepimpinan PAS terutama yang melabel diri mereka ulamak supaya bermuhasabah lah diri, takutlah kepada ALLAH swt. Buatlah yang ma'ruf, cegahlah kemungkaran. Kembalilah kepada Islam berdasarkan Al Quran dan sunnah. Pada Haji Hadi, teman seru supaya ambil alih jawatan Ketua Pembangkang. Kembalikanlah integriti dan kewibawaan pembangkang.
Kepada Anwar Ibrahim, letak lah semua jawatan; politik, kerajaan dan lain-lain. Letaklah jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh; letaklah jawatan sebagai Ketua Pembangkang; letaklah jawatan sebagai Ketua Umum dan Penasihat PKR (lagipun jawatan ni memang tiada dalam Perlembagaan), letaklah jawatan Penasihat Ekonomi Selangor, hentikanlah sandiwara dan lakonan jijik dan kotor ini; hentikanlah mengheret dan memperkudakan para ulama' terutama dari PAS. Ringkasnya: pergilah bertaubat nasuha. Cucilah diri. Kubur dah terlalu dekat. Maut dah terlalu hampir. Siksaan ALLAH itu satu kepastian!!!
Kepada Polis dan Peguam Negara, satu siasatan wajib dilakukan untuk mengenal pasti samada Anwar Ibrahim telah membuat lapuran palsu. Jika keterangan dan bukti cukup untuk mendakwa Anwar Ibrahim atas cubaan membuat lapuran palsu (kerana membuat lapuran polis mendakwa bukan dia didalam videoklip itu), maka pihak polis dan Peguam Negara seharusnya tidak gentar untuk mengheret Anwar Ibrahim ke Mahkamah.
Kepada rakyat Malaysia, berhati-hati. Teman mendapat maklumat dari sumber dalaman PKR sendiri bahawa mereka merancang membuat satu videoklip palsu ataupun mengubahsuai videoklip Eskay sehingga menimbulkan keraguan; dan video palsu itu akan dicetak dengan banyak dan ditaburkan kepada rakyat disegala pelosok negara. Kaum-kaum durjana ini kemudian akan membuat lapuran polis mendakwa UMNO, BN dan Kerajaan bertanggungjawab kononnya menyebar videoklip itu. Setelah rakyat nanti terpengaruh dengan video palsu itu, mereka akan bawak cerita konon jelas dari video palsu itu bukan Anwar Ibrahim. Dan rakyat akan terpengaruh dan percaya sebab mereka sudah menerima video palsu itu. Teman nasihatkan pihak berkuasa dan Kerajaan supaya mengambil tindakan pre-emptif. Jangan tunggu nasik jadi bubur; jangan sampai rakyat terpengaruh saperti cerita 'gambar si-mata lebam'!!!
Sumber: Zulkifli Nordin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan