Ahad, 6 Mac 2011

TAHNIAH!! BN - Depa Dah Kalot...



Salam Perjuangan, Agak lama PB tk mengupdate bloq ni kerana PB sibuk kerana terlibat dengan projek pemindahan pelajar-pelajar kita di Mesir dan Penghantaran kembali Pelajar-Pelajar pulang ke Mesir dalam Opp Piramid.

PB ingin mengucapkan tahniah kepada YB baru Syed Ibrahim dan YB baru Roslan diatas kemenangannya di PRK DUN Kerdau Merlimau. Alhamdulillah, keputusan rasmi Pilihanraya Kecil(PRK) DUN Kerdau dan DUN Merlimau yang baru sahaja diterima menunjukkan sekali lagi BARISAN NASIONAL telah berjaya menewaskan PAS. Majoriti kemenangan BN telah meningkat manakala undi PAS pula menurun di kedua-dua tempat.
Peratusan yang keluar mengundi juga pada PRK kali ini juga meningkat jika di banding dengan PRU12. Mungkin disebabkan rakyat semakin yakin dengan transformasi yang sedang dilakukan oleh UMNO dan juga kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam mentadbir negara dengan baik. Hidup UMNO.....
Antara faktor yang telah menyumbang besar kepada kemenangan BN ialah Calon PAS yang kitar semula sebanyak dua kali di Kerdau. Mungkin disebabkan PAS telah menjangkakan kekalahannya di Kerdau lebih awal dan ingin mencipta rekod sebagai wakil rakyat PAS yang pertama bertanding dan kalah 3 kali berturut-turut. Nampaknya PAS sudah ketandusan calon yang berkaliber untuk bertanding mewakili PAS.

Di Merlimau pula kecekapan Ketua Menterinya dalam mentadbir negeri itu menjadi faktor utama mengapa PAS ditolak. Kerusi DUN Merlimau yang diidamkan oleh PAS untuk menjadi kerusi pertama dimenangi dan menjadi pencetus semangat kepada PAS untuk menghadapi PRU 13 nampaknya tinggal kenangan. PAS hanya layak menjadi kuda tunggangan DAP kerana tidak mempunyai kerusi di Melaka....

Seperti di Tenang, warga Felda di Kerdau dan Merlimau masih lagi menaruh kepercayaan dan harapan pada Kerajaan BN walaupun dihasut dan difitnah dengan hebat oleh pemimpin tertinggi pakatan haram. Dengan kemenangan ini, momentum ke arah BN yang mulai di Batang Ai dan disusuli di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi dan Tenang masih kekal bersama BN sehingga ke hari ini. Yang terbaru Kerdau dan Merlimau....
Sejak PRU12, corak pengundian sejak kebelakangan ini memihak kepada BN dan boleh dikatakan selari dengan corak di seluruh Malaysia. Bolehlah disimpulkankan bahawa kadar sokongan pengundi Melayu untuk BN sudah meningkat berbanding dengan pencapaian pada PRU12 dan PRK awal 2009, sentimen pengundi Melayu dan India nampaknya sudah pulih hampir sepenuhnya kecuali kaum cina.

Diharap BN dapat mengekalkan rentak kemenangan ini dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib ini sebelum menghadapi PRU13. HIDUP UMNO..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan