Isnin, 31 Januari 2011

Tenang Lalui Proses Penyucian.Mala-Petaka PAS Di Tenang




Sejak 2 hari hujan turun dan sehingga sekarang waktu artikel ini ditulis hujan masih lebat,Pisau bersama rakan rakan bloggers keletihan tetapi ceria kerana segala penat lelah siang dan malam sepanjang tempoh berkempen diterjemahkan kemenangan bergaya BN.


Hampir kesemua jentera kempen pilihanraya tidak dapat pulang kerana kesemua jalan keluar ditutup akibat banjir.Yang menariknya bandar Labis dipenuhi jentera kempen BN. Penyokong dan jentera kempen PAS sudah pulang sejak jam 2 petang tadi.


Mereka hanya berkempen untuk meraih undi tetapi tidak mempedulikan nasib rakyat yang terperangkap didalam banjir.Pisau melihat situasi ini membuktikan mereka mereka ini tidak mementingkan nasib rakyat hanya lebih mementingkan survival politik semata mata.


Maklumat terkini Tok Ai sudah menjalankan tugas sebaik saja kemenangan beliau diumumkan apabila terus melawat mangsa banjir disekitar Tenang.


Kita disajikan kempen kotor oleh gerembolan khawarij PAS dan pakatan.Bumi Tenang dikotori dengan najis fitnah dan politik gampangan pakatan. Nizar dengan haram syarie undi kepada BN manakala wali selipar Nik Aziz menghukum sesiapa yang mengundi BN adalah jahiliah.


Isu PAS mempolitikkan jenazah memberi kesan besar terhadap mereka apabila membangkitkan kemarahaan penduduk kampung kerana mengfitnah imam masjid dan anak kariah di Jalan Kolam Air,Tenang.


Din Pudu dengan psywar yang tumpul dan paling bodoh dalam sejarah apabila menyerang calon BN walaupun diketahui ramai adalah fitnah semata mata.Serangan PAS serba tak menjadi apabila setiap serangan berjaya dipatahkan.Isu mereka kesemuanya mudah dibaca dan rakyat tidak mudah terpedaya.


Maarof suami Mala menjadi Mungkar apabila berbohong mengenai MC dan menjadi liabiliti sepanjang kempen Normala.


Mazlan Aliman kempen memperbodohkan warga Felda ternyata gagal ,kesemua peti undi di Felda menang besar,ternyata dakyah daripada ANAK gagal mempengaruhi warga Felda.Ini membuktikan pembohongan yang dilakukan Mazlan dibuktikan dengan rekod dan pencapaian cemerlang Felda sendiri.

Sumber Pisau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan