Rabu, 15 April 2009

Anwar Pening Kepala Pilih TKM1



PULAU PINANG 15 April — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melanjutkan tempoh kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengemukakan calon untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.


Lim juga tidak menolak bahawa Anwar berada dalam keadaan tertekan untuk mengemukakan calon yang sesuai bagi menyandang jawatan paling kanan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan PAS-DAP-PKR itu.


“Saya tidak akan umumkan apa-apa hari ini semuanya ada dalam satu kenyataan akhbar yang telah saya sediakan, minta maaf,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada 28 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di sini hari ini.


Lim memaklumkan mengenai tempoh lanjutan itu kepada media dalam kenyataan Ketua Menteri itu yang diedarkan kepada pemberita selepas majlis tersebut di sini hari ini.


Ketua Menteri itu kemudian bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menghadiri majlis upacara angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini. - Bernama

Minah: Kalau rasa pening kepala minah ada idea, masuk bertanding aje di DUN Penanti nanti bleh jadi Tim.Ketua Menteri atau Ketua Menteri pulak. tupun kalau menang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan