Ahad, 6 Januari 2013

Mansor Ke Nibong Tebal 200 Penyokong PKR Keluar Parti


NIBONG TEBAL 4 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menerima tamparan hebat berikutan lebih 200 ahlinya di tiga ranting di negeri ini keluar parti dan menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) semalam.
Ahli-ahli terbabit merupakan ahli Ranting PKR Bukit Tambun, Kampung Valdor dan Taman Merak yang bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR.

Pengerusi PKR Ranting Kampung Valdor, V. Sritharan berkata, ahli-ahli di kawasan itu hilang kepercayaan kerana pemimpin PKR memandang remeh permintaan mereka termasuk permohonan mengadakan sambutan perayaan Deepavali baru-baru ini.

"Mereka memberikan alasan tidak dapat berjumpa dengan wakil rakyat dan seolah-olah tidak mahu melayan kami.
"Kebanyakan ahli berasa dipinggirkan pemimpin kanan walaupun sebelum ini mereka mendakwa akan memberi perhatian kepada permasalahan kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan berkata, lebih ramai ahli PKR akan menyertai parti itu dalam tempoh terdekat.

"Saya mengalu-alukan penyertaan mereka sebagai ahli PCM kerana parti ini terbuka kepada sesiapa sahaja," katanya ketika dihubungi di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan