Ahad, 6 Januari 2013

Akar Umbi Mahukan Art Burger






Salam 1 Malaysia,
Pagi tadi semasa aku bersarapan di Kedai Kopi Pasar Awam Penanti aku terdengar perbualan satu kumpulan bersebelahan meja aku dalam 5 orang yang berumur dalam lingkungan 35-56tahun dok cerita pasai politik Penanti.

Cerita-cerita lagu ni memang aku dok tunggu nak dengaq pendapat mereka pasai politik tempatan,aku rasa depa2 ni geng2 atas pagaq sebab ada yang dok kutuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri.  

Yang paling menarik ialah tentang siapakah calon yang paling sesuai di Penanti selepas Dato'Mansor belah pi Nibong Tebal. Kemudian sorang pacik tu mencelah sapa pun aku tak kesah tapi yang boleh buat reja dan bawak perubahan ditempat kita ni, dia kata lagi, tengoklah Anwar Ibrahim tu dah pegang berapa penggal sebagai ahli parlimen, apa pun tarak..

Aku senyum sendirian, kemudian dengaq pula sorang pakcik lagi habaq yang dia tak pernah undi BN tapi dapat jugak hamper sumbangan dari Penyelaras Dun Penanti semasa program di IKBN bulan lepas, pastu timbul la pulak orang yang kita nak bagi menang PRU-13 nanti dan depa pun mula la cerita tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Art Burger yang mana banyak membantu penduduk tempatan.

Dari situ aku dah agak yang depa mahukan pemimpin yang boleh buat kerja dan pemimpin yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat dan kesimpulan yang aku buat depa nak Art Burger@Ibrahim Ahmad jadi Adun Penanti dan aku harap jugak agar pucuk pimpinan tertinggi mencalonkan beliau yang merupakan Winable Candidate.

P/S: Apa habaq Non Pomen?? 
 

 

1 ulasan: