Selasa, 6 September 2011

Mat Sabu tak sempat pijak rumah , dihalau Waris pejuang Bukit Kepong


 Mat Sabu ingat dengan mengunjungi rumah Waris pejuang yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong boleh settle kan semua ini .  

Sebenarnya  Mat Sabu lah yang cuba merobek  luka lama supaya berdarah kembali dengan menggelarkan wira negara yang terkorban itu sebagai polis British dan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan . 

Orang Melayu terutama waris anggota keselamatan dan orang awam yang terkorban di tangan pengganas Komunis cukup terguris sekali  dengan keceluparan muluat Mat Sabu yang lebih mengagungkan komunis sebagai pejuang  sebenar. 

Hari ini Mat Sabu baru dihalau oleh Waris pejuang Bukit Kepong , itu belum lagi waris dan barisan pejuang2 yang pernah sertai perjuangan menghapuskan pengganas komunis  di luar sana .  

Inilah akibatnya orang yang cuba jolok sarang tebuan !




“Selagi saya masih bernyawa, saya tidak akan maafkan Mohamad Sabu (Mat Sabu) kerana kata-katanya memperlekehkan pengorbanan arwah ayah, ibu dan wira lain yang terkorban dalam kejadian berkenaan,” kata seorang waris pejuang negara yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong, Jamilah Abu Bakar, 65, apabila Timbalan Presiden Pas itu gagal bertemunya, semalam.

Menurutnya, tiada gunanya Mat Sabu cuba menemuinya kerana kenyataan yang dikeluarkan mengguris perasaan semua waris mangsa dan rakyat negara ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, semalam beberapa kereta mengiringi rombongan Mat Sabu untuk bertemu waris anggota polis yang terbabit dalam kejadian Bukit Kepong bagi meredakan keadaan tidak kesampaian, apabila dihalang kira-kira 40 saudara-mara dan penduduk di sekitar Bandar Baru Uda, di sini. Kenderaan mereka dikepung bagi menghalang Mat Sabu bertemu Jamilah, 65, yang juga anak sulung kepada Allahyarham Abu Bakar Daud.

Perbuatan penduduk itu mengakibatkan Mat Sabu dan Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat, tidak sempat turun dari kereta Proton Exora berwarna merah hati yang dinaikinya dan berpatah balik dalam tempoh lima minit.


Jamilah tinggal di Jalan Persiaran Barli 2/2 berkata, kunjungan Mat Sabu itu menimbulkan tekanan kepadanya dan ahli keluarga yang kurang selesa dengan hasrat pemimpin parti pembangkang berkenaan.


Katanya, bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini timbul, keluarganya mengambil keputusan tidak berjumpa dengan Mat Sabu.

“Sekarang dan sampailah bila-bila, saya tidak ingin bertemu dengannya tanpa mengira apa juga alasan diberikan bagi mengaturkan pertemuan, kami tidak akan peduli.

“Tiada apa yang mahu saya beritahu dia kerana bukan saya seorang saja waris mangsa, malah ramai lagi waris lain,” katanya.

Jamilah berkata, sebelum kehadiran Mat Sabu, rumahnya didatangi seorang ahli politik parti terbabit, kelmarin, yang mahu mengaturkan perjumpaan semalam gara-gara tidak berpuas hati dengan ulasan diberikan keluarga waris kepada pihak media sebelum ini.

Kami terkilan dengan sikap mereka yang suka memutar-belitkan fakta dan kini mahu menemui kami sekeluarga. Apa yang jelas tindakan mereka mengakibatkan kami tidak senang hati.



“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan moral kepada kami dan berharap, tidak lagi diganggu selepas ini,” katanya.


Turut hadir di kediaman Jamilah, Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khalid Mohamed selain pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Nusajaya.


Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Pulai, Zaaba Ibrahim berkata, pihaknya tidak menyangka pertemuan yang diatur itu dihalang penduduk dan saudara-mara Jamilah.
sumber Pejuang Bangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan