Mat Sabu ingat dengan mengunjungi rumah Waris pejuang yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong boleh settle kan semua ini .
Sebenarnya Mat Sabu
lah yang cuba merobek luka lama supaya berdarah kembali dengan
menggelarkan wira negara yang terkorban itu sebagai polis British dan
Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan .
Orang Melayu
terutama waris anggota keselamatan dan orang awam yang terkorban di
tangan pengganas Komunis cukup terguris sekali dengan keceluparan
muluat Mat Sabu yang lebih mengagungkan komunis sebagai pejuang
sebenar.
Hari ini Mat Sabu
baru dihalau oleh Waris pejuang Bukit Kepong , itu belum lagi waris dan
barisan pejuang2 yang pernah sertai perjuangan menghapuskan pengganas
komunis di luar sana .
Inilah akibatnya orang yang cuba jolok sarang tebuan !
“Selagi saya masih bernyawa, saya tidak akan maafkan Mohamad Sabu
(Mat Sabu) kerana kata-katanya memperlekehkan pengorbanan arwah ayah,
ibu dan wira lain yang terkorban dalam kejadian berkenaan,” kata
seorang waris pejuang negara yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong,
Jamilah Abu Bakar, 65, apabila Timbalan Presiden Pas itu gagal
bertemunya, semalam.
Menurutnya, tiada gunanya Mat Sabu cuba menemuinya kerana kenyataan yang
dikeluarkan mengguris perasaan semua waris mangsa dan rakyat negara
ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, s
emalam beberapa kereta
mengiringi rombongan Mat Sabu untuk bertemu waris anggota polis yang
terbabit dalam kejadian Bukit Kepong bagi meredakan keadaan tidak
kesampaian, apabila dihalang kira-kira 40 saudara-mara dan penduduk di
sekitar Bandar Baru Uda, di sini. Kenderaan mereka dikepung bagi
menghalang Mat Sabu bertemu Jamilah, 65, yang juga anak sulung kepada
Allahyarham Abu Bakar Daud.
Perbuatan penduduk itu mengakibatkan Mat Sabu dan Ketua Pemuda Pas
Johor, Suhaizan Kayat, tidak sempat turun dari kereta Proton Exora
berwarna merah hati yang dinaikinya dan berpatah balik dalam tempoh lima
minit.
Jamilah tinggal di Jalan Persiaran Barli 2/2 berkata, kunjungan Mat Sabu
itu menimbulkan tekanan kepadanya dan ahli keluarga yang kurang selesa
dengan hasrat pemimpin parti pembangkang berkenaan.
Katanya, bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini timbul, keluarganya mengambil keputusan tidak berjumpa dengan Mat Sabu.
“Sekarang dan sampailah bila-bila, saya tidak ingin bertemu dengannya
tanpa mengira apa juga alasan diberikan bagi mengaturkan pertemuan,
kami tidak akan peduli.
“Tiada apa yang mahu saya beritahu dia kerana bukan saya seorang saja waris mangsa, malah ramai lagi waris lain,” katanya.
Jamilah berkata, sebelum kehadiran Mat Sabu, rumahnya didatangi seorang
ahli politik parti terbabit, kelmarin, yang mahu mengaturkan perjumpaan
semalam gara-gara tidak berpuas hati dengan ulasan diberikan keluarga
waris kepada pihak media sebelum ini.
“
Kami terkilan dengan sikap mereka yang suka memutar-belitkan fakta
dan kini mahu menemui kami sekeluarga. Apa yang jelas tindakan mereka
mengakibatkan kami tidak senang hati.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan
sokongan moral kepada kami dan berharap, tidak lagi diganggu selepas
ini,” katanya.
Turut hadir di kediaman Jamilah, Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khalid
Mohamed selain pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan
Nusajaya.
Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Pulai, Zaaba Ibrahim berkata, pihaknya
tidak menyangka pertemuan yang diatur itu dihalang penduduk dan
saudara-mara Jamilah.
sumber
Pejuang Bangsa