Khamis, 30 Jun 2011

Laporan polis Membantah Bersih 2.0




Hari ini sebanyak 5 koperasi yang berada di kawasan Seberang Perai telah membuat laporan Polis bagi membantah Bersih 2.0 di Balai Polis Bandar Perda yang diketuai oleh Tuan Haji Ishak Bin Ismail selaku Pengerusi Koperasi Nusa Gemilang Seberang Perai Berhad.

Turut sama ialah Tuan Haji Abdul Rahim Bin Man Penyelaras Kadun Permatang Pasir serta hampir 40 orang ahli koperasi yang terlibat. Bantahan dibuat kerana pada tarikh tersebut ada Perayaan Hari Koperasi Negara yang akan berlangsung di Putrajaya yang akan dirasmikan oleh PM kita jadi perhimpunan ini akan dihadiri seramai 15 ribu orang dan dikuatiri akan menganggu perjalanan program tersebut.

Antara Koperasi yang membuat laporan Polis ialah:
1) Koperasi Nusa Gemilang Seberang Perai Berhad.
2) Koperasi Pembangunan Kampung Tradisional Guar Perahu Berhad.
3) Koperasi Perwaris Permatang Pauh Seberang Perai Berhad.
4) Koperasi Kepala Bukit Seberang Perai Berhad.
5) Koperasi Usahawan Tani Seberang Perai Berhad.

Jumaat, 24 Jun 2011

Anwar Oh Anwar

Anwar mengatakan beliau tak pernah mengenali Shazryl Eskay, abih sampai pegang bahu tu sapa pulak??

Salam 2 all.

Melainkan Anwar Ibrahim sudah hilang sifat kemaluan, dia wajib letak jawatan!!! Semua jawatan. Takde dolak-dalih dah. Takde putar belit, takde bohong lagi. Semuanya sudah jelas. Daripada prosiding pertuduhan terhadap Datuk Trio pagi tadi di Mahkamah Kuala Lumpur atas dakwaan menyiarkan video lucah, terbukti perkara berikut:

1. lapuran pakar daripada Dartmouth College, New Hampshire, Amerika Syarikat mengesahkan lelaki didalam videoklip tersebut ialah Anwar Ibrahim;

2. rakaman kamera litar hotel membuktikan Anwar Ibrahim dan Datuk Eskay berada di lobi pada tarikh kejadian;

3. lapuran pakar membuktikan ketulinan rakaman tersebut dan tiada sebarang unsur tampalan atau 'superimpose';

4. Datuk Shazryl, rakan baik Anwar dan turut dirakam didalam videoklip tersebut serta turut kelihatan didalam kamera litar di lobi bersama Anwar mengakui lelaki itu ialah Anwar Ibrahim;

5. Videoklip tersebut mengesahkan terdapat tiga watak didalam videoklip tersebut iaitu seorang lelaki (Datuk Shazryl), seorang lelaki dikenalpasti sebagai Anwar Ibrahim dan seorang wanita berbangsa China.

Perlu teman tekankan disini kita tidak menuduh Anwar berzina dengan China-Doll tersebut. Itu persoalan yang perlu dibuktikan di Mahkamah Syariah berdasarkan beban pembuktian yang ditetapkan syara'.

Apa yang penting disini ialah video tersebut membuktikan Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin, apatah lagi menjadi Perdana Menteri sebuah negara umat Islam!

1. Di Amerika, Ahli Kongres Demokrat bernama Weiner meletakkan jawatan setelah gambar separuh lucahnya tersebar di laman cyber. Beliau mengakui kesilapan dan meletakkan jawatan, terutama setelah ditegur oleh Presiden Obama sendiri;

2. Di Turki, enam orang bakal calon pilhanraya sebuah parti politik meletakkan jawatan parti dan menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya Turki setelah video lucah membaitkan mereka disebarkan dilaman web;

3. Di Indonesia, saudara Ariffinto, Ahli MPR Parti Keadilan Sejahtera, Indonesia meletakkan jawatan setelah dirakan menonton satu videoklip lucah semasa Dewan sedang bersidang;

4. Di Amerika Syarikat, Dominique Strauss-Kahn, Pengarah Urusan IMF meletakkan jawatan setelah dikenakan pertuduhan cuba merogol seorang pembantu hotel di New York, dan menyerahkan sampel DNA nya untuk ujian pihak polis;

Tetapi di Malaysia, setelah dipanggil membela diri kerana meliwat pekerjanya sendiri Saiful Bukhori Azlan, dengan pembuktian DNA yang jelas; dan dengan videoklip yang disahkan ketulinannya dan disahihkan dengan laporan pakar ianya Anwar Ibrahim, diikuti dengan rakam kamera litar beliau berada dilobi bersama Datuk Eskay dihari kejadian: manusia yang ditabal oleh bininya sendiri sebagai anugerah tuhan bukan sahaja tidak mahu meletak jawatan, bahkan menyalahkan Kerajaan dan semua orang lain atas kegiatan tidak bermoral dia.

Kekadang bila tengok rentetan peristiwa diatas, orang kafir pun lebih tinggi maruah dan nilai diri serta prinsip mereka. Dan yang paling malang, manusia yang ditabal bin sendiri sebagai anugerah tuhan ini mengheret sekali para ulama' suk, ustad-ustad kalkatu dan yang sewaktu dengannya kedalam kancah kehinaan ini. Benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman ini nanti yang ma'ruf jadi mungkar, yang mungkar jadi ma'ruf. Dan yang lebih parah, kita disuruh buat yang mungkar, dan dicegah daripada membuat yang ma'ruf.

Nasihat teman kepada kepimpinan PAS terutama yang melabel diri mereka ulamak supaya bermuhasabah lah diri, takutlah kepada ALLAH swt. Buatlah yang ma'ruf, cegahlah kemungkaran. Kembalilah kepada Islam berdasarkan Al Quran dan sunnah. Pada Haji Hadi, teman seru supaya ambil alih jawatan Ketua Pembangkang. Kembalikanlah integriti dan kewibawaan pembangkang.

Kepada Anwar Ibrahim, letak lah semua jawatan; politik, kerajaan dan lain-lain. Letaklah jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh; letaklah jawatan sebagai Ketua Pembangkang; letaklah jawatan sebagai Ketua Umum dan Penasihat PKR (lagipun jawatan ni memang tiada dalam Perlembagaan), letaklah jawatan Penasihat Ekonomi Selangor, hentikanlah sandiwara dan lakonan jijik dan kotor ini; hentikanlah mengheret dan memperkudakan para ulama' terutama dari PAS. Ringkasnya: pergilah bertaubat nasuha. Cucilah diri. Kubur dah terlalu dekat. Maut dah terlalu hampir. Siksaan ALLAH itu satu kepastian!!!

Kepada Polis dan Peguam Negara, satu siasatan wajib dilakukan untuk mengenal pasti samada Anwar Ibrahim telah membuat lapuran palsu. Jika keterangan dan bukti cukup untuk mendakwa Anwar Ibrahim atas cubaan membuat lapuran palsu (kerana membuat lapuran polis mendakwa bukan dia didalam videoklip itu), maka pihak polis dan Peguam Negara seharusnya tidak gentar untuk mengheret Anwar Ibrahim ke Mahkamah.

Kepada rakyat Malaysia, berhati-hati. Teman mendapat maklumat dari sumber dalaman PKR sendiri bahawa mereka merancang membuat satu videoklip palsu ataupun mengubahsuai videoklip Eskay sehingga menimbulkan keraguan; dan video palsu itu akan dicetak dengan banyak dan ditaburkan kepada rakyat disegala pelosok negara. Kaum-kaum durjana ini kemudian akan membuat lapuran polis mendakwa UMNO, BN dan Kerajaan bertanggungjawab kononnya menyebar videoklip itu. Setelah rakyat nanti terpengaruh dengan video palsu itu, mereka akan bawak cerita konon jelas dari video palsu itu bukan Anwar Ibrahim. Dan rakyat akan terpengaruh dan percaya sebab mereka sudah menerima video palsu itu. Teman nasihatkan pihak berkuasa dan Kerajaan supaya mengambil tindakan pre-emptif. Jangan tunggu nasik jadi bubur; jangan sampai rakyat terpengaruh saperti cerita 'gambar si-mata lebam'!!!

Sumber: Zulkifli Nordin

Apa Yang Kau Merepek Ni Setannnnn!!!



Lama gua tak dengar si HAMLAU Nizar ni berceramah.. Gua ingat dia dah bertobat setelah Perak kembali ditadbir oleh UMNO/BN.., tapi rupanya makin kronik penyakit dia..

Dalam satu ceramah dia di Bandar Sunway Selangor, Nizar tuduh Najib yang jadi dalang buat video seks Anwar dengan China Doll.. Apalah bangang sangat Nizar DAP nih???

Bagi gua, kalau betullah Najib yang bertanggung jawab buat video seks Anwar, kenapa dia tak buat saja video Anwar meliwat Saiful? Kenapa dia nak buat video Anwar dengan China Doll??

Dan Nizar kata orang UMNO sendiri tak percaya dalam video seks tu adalah Anwar. Wohaaa..., Nizar tipu puak-puak bangang Pakatan boleh laaa.. Tapi Nizar bodoh kalau rasa dia boleh tipu rakyat Malaysia..

Gua malas nak cakap banyak.., jom lah kita tengok apa yang Nizar bangang ni cakap.. Paling penting, korang cuba dengar apa yang Nizar merapu pasal Nabi Muhammad saw dalam ceramah ni..

Memang celaka manusia yang bernama Nizar Jamaluddin ni!!


Khamis, 23 Jun 2011

TAKUTNYA!!! SEJUTA AHLI PAS AKAN TURUN UNTUK BERSIH 2.


Presiden Pas, Hj Hadi Awang telah mengarahkan semua sejuta ahli Pas seluruh negara untuk hadir ke perarakan Bersih 2 pada 9 Julai nanti.
Fuh, naik kecut perut aku sekejap dibuatnya. Pas bawak 1 juta, PKR bawak setengah juta, DAP pulak mungkin bawak dekat 1 juta, dah ada lebih 2 juta... orang yang akan membanjiri jalan-jalan utama KL pada 9 Julai nanti. Itu belum lagi termasuk yang dibawa oleh Perkasa dan Pemuda Umno.

Kalau begini, bukan setakat masuk "Malaysia Book of Records", kena panggil wakil "Guiness Book of Record" pulak untuk mengisytiharkan Malaysia mencatat satu rekod dunia dalam satu perarakan menuntut pilihanraya bersih.

Mesti pening kepala PDRM nak kawal lebih 2 juta umat manusia nanti. Terpaksalah juga PDRM mintak tolong dengan ATM pulak. Kalau ATM pulak datang tolong siap bawak kereta kebal dan kereta perisai, KL akan bertukar jadi macam medan perang la pulak nanti. Maka tercapailah hajat Anwar Ibrahim nak sebarkan kepada dunia kononnya perjuangannya dapat sokongan rakyat kebanyakan dan negara ini berada dalam keadaan huru-hara. Sekejap saja nanti CNN dan media Barat akan "spin"kan KL dah tak selamat untuk dikunjungi.

Apapun, aku harap, Hj Hadi jangan cakap besar dan takbur kononnya semua sejuta ahli Pas akan turun nanti. Penganut Pas ni pun manusia biasa, yang ada keluarga untuk ditanggung dan disuap. Bukan semua sejuta penganut Pas tu hidup senang-lenang macam Hj Hadi dan pemimpin Pas yang lain yang boleh tinggalkan urusan mencari rezeki sesuka hati bagi menyertai perhimpunan politik. Agenda ekonomi keluarga penganut bawahan Pas rasanya lebih penting dari menyertai rombongan berarak tak tentu hala di KL di bawah pimpinan peguam juara murtad itu.

Jangan nanti Hj Hadi dapat malu besar bila yang berhimpun nanti tak sampai pun 10% atau 100,000 orang dari sejuta yang dihajatkan Hj Hadi tu. Entah entah 1,000 jer yang hadir kot, angan angan taik ayam jerlah kamu Hj Hadi oi. Rakyat sekarang dah bijak buat penilaian siapa pakatan rakyat yang sebenarnya.

Rabu, 22 Jun 2011

PANAS!!! PAS Buat Solat Hajat Untuk Ambiga


Dewan Ulama PAS Pusat menyeru diadakan Munajat Perdana di seluruh negara sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

“Sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang insya Allah akan diadakan 9 Julai ini, maka Dewan Ulama PAS Pusat menyeru supaya seluruh pendukung PAS pimpinan, ahli dan penyokong mengadakan munajat perdana secara besar-besaran di stadium, padang-padang, markaz atau di mana-mana lokasi yang sesuai,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Nazmi Nik Din dalam satu kenyataan.

Katanya, Dewan Ulama setiap negeri diberikan tugas untuk menggerakkan dan merealisasikan ketetapan itu.

“Seluruh ahli dan pendokong PAS diseru supaya berdoa dan memohon kepada Allah SWT dengan rasa rendah diri dan tawadhuk di atas luar keupayaan kita untuk menghadapi tipu daya dan kejahatan oleh pihak-pihak tertentu yang mencemarkan proses pilihan raya di negara ini.

“Sebelum ini kita telah mendengar pelbagai penyelewengan yang telah berlaku untuk mengkhianati suara rakyat yang mahukan perubahan terhadap negara Malaysia yang tercinta ini,” katanya. - hARamKAH




P/S: Hahahahahaha... Nak buat tunjuk perasaan huru harakan negara pun lebai-lebai kangkong PAS suruh pengikut-pengikut bangang dia buat solat HAJAT? Ni mana punya ajaran nih yang lebai-lebai PAS ikut??

Gua rasa, lebai-lebai PAS malu nak cakap yang sebenarnya dorang nak buat solat HAJAT minta supaya Ambiga dipelihara keselamatannya.. Alaaa.. macam yang dorang buat dulu kat Khalipah Guan Eng di Penang laa...

Dulu Guan Eng dorang setakat baca doa dalam khutbah jumaat saja.. Tapi untuk Ambiga pujaan hati dorang tu.., dorang akan buat solat HAJAT special punya...

Ni lah akal semua penganut mahzab PAS... Bila gua kata dorang bangang.., dorang meroyan marah dan nak kafirkan gua.. Tapi dah jelas terbukti dorang semua tu memang bangang.., takkan gua nak panggil dorang cerdik pulak???

Sumber: MPP

Isnin, 20 Jun 2011

Khalwat Mat Sabu

WAJIB BACA!! Terbongkar Sudah…. Anwar Ibrahim Sebenarnya Dalang Kes Khalwat Mat Sabu – Norma Di Hotel Perdana…??

Pada tanggal 31 Januari 1995, sekitar jam 2.40 pagi, Mat Sabu check in di Hotel Perdana ...
Kota Bharu, bilik bernombor 121.

Selepas itu, pada jam 9.00 pagi, datang seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor bersama seorang lagi anggota polis meminta receptionist hotel menyerahkan senarai nama nama hotel guest yang telah check in.

Tindak tanduk pegawai polis tersebut dikira biasa seandainya mereka sudah mendapat sebarang maklumat [insider information] untuk bertindak terhadap seseorang!

Tidak lama selepas itu, muncul seorang wanita dalam lingkungan usia 30an dipercayai Norma, bertudung dengan memakai seluar berwarna hitam dan blouse masuk ke bilik 121 tempat Mat Sabu menginap….

Menurut penjelasan Mat Sabu selepas dicekup, pada waktu berlakunya kejadian, beliau telah tertinggal ubat dirumah salah seorang sahabatnya. Maka inilah alasan yang digunakan untuk justifikasikan kenapa Norma perlu datang ke bilik 121 untuk menghantarkan ubatnya yang “tertinggal..”

Tetapi persoalannya…, kenapakah Norma perlu pergi ke bilik 121 seorang diri..?

Tidakkah lebih wajar sekiranya Norma tinggalkan sahaja ubat itu di kaunter Receptionist atau pun Norma menggunakan In House Hotel Telephone minta Mat Sabu turun untuk mengambil ubatnya itu..?

Ketika serbuan dibuat oleh pihak polis, media, dan 7 orang pegawai Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan [JAHEIK], pintu bilik 121 diketuk tetapi hanya berjaya dibuka selepas 20 minit…!

Apabila pintu dibuka, Mat Sabu hanya memakai tuala mandi berwarna hijau, Norma tidak memakai tudung dan keadaan katil didalam bilik itu agak berselerak….

Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz menyatakan bahawa ini semua adalah perangkap yang dikenakan kepada Mat Sabu oleh seseorang yang sangat berpengaruh kerana sewaktu serbuan dibuat sudah ada krew TV3 dan Nik Aziz mempersoalkan bagaimana boleh krew TV3 itu turut sama dalam notis yang singkat..?

Mengikut rekod, apabila kes ini bawa ke Mahkamah Syariah Kota Bharu, ianya telah digugurkan atas sebab sebab teknikal…, kenyataan bercanggah oleh beberapa saksi JAHEIK mengenai nombor bilik hotel!

Dalam benak kepada Mat Sabu ketika itu beliau rasakan orang yang bertanggungjawab untuk aksi beliau ditangkap berkhalwat adalah Anwar Ibrahim….

Itulah sebabnya pada tahun 1997, Mat Sabu adalah diantara pemimpin PAS yang paling awal pergi ke pejabat Ummi Hafilda setelah tersebarnya kisah “Surat Ummi kepada Tun Mahathir” melaporkan mengenai salah laku seks Anwar Ibrahim.

Malah sewaktu Mat Sabu bersama pemimpin PAS yang lain bertemu di pejabat Ummi di Danau Kota, Azizan juga turut sama hadir. Menurut cerita Ummi, pada waktu itu, Azizan telah melafazkan Sumpah Laknat….

Mat Sabu yakin dan percaya tingkah laku sebenar Anwar dan beliau telah menggunakan pertemuan di pejabat Ummi sebagai modal untuknya berceramah, malah ketika itulah Mat Sabu adalah satu satunya pemimpin PAS yang menggelar Anwar sebagai ‘Al Sheikh Al Anwar Al Juburi…!! "

Keyakinan Mat Sabu terhadap salah laku seks Anwar turut dinyatakan olehnya sewaktu ditemuramah oleh Ahmad Lutfi Othman pada 14 Jun 1998 di pejabat Majalah TAMADDUN. [Lutfi adalah bekas Editor Majalah TAMADDUN, beliau sekarang adalah Editor-In-Chief HARAKAH].

Nah…, lihatlah sendiri! Betapa indahnya dunia dan sandiwara politik, bersungguh sungguh Mat Sabu ketika itu kunuuunnya mahu mencari kebenaran mengenai kelakuan sebenar Anwar… Malah boleh kita tafsirkan bahawa kesungguhan itu natijah daripada “dendam kesumat” Mat Sabu terhadap Anwar!

Sudah pasti Mat Sabu tidak akan memaafkan Anwar kerana kehadiran krew TV3 sewaktu serbuan di Hotel Perdana Kota Bharu memang wajar untuk dikaitkan dengan penguasaan "kerja tangan ghaib" Anwar. Pada zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sudah boleh dilihat penguasaan Anwar terhadap media tanahair khususnya TV3!

Mat Sabu pernah menyuarakan kebimbangan terhadap penonjolan Anwar yang beliau sifatkan lebih merbahaya dari Tun Mahathir mengikut telahan perspektif seorang musuh politik…!

Anwar’s viciousness was described by Mat Sabu as follows:

"We must not forget when wanting to topple Ghafar Baba, Quek Leng Chan and several other millionaires played their hands to bankroll the acquisition of NST and TV3 shares."

"To me, although Anwar had yet to gain full control, he had already displayed his talent at being more 'ruthless' than the Prime Minister…we know how his children and relatives were involved in nepotism."

"Anwar’s public image was coddled by the media, who in turn was controlled by the number two (Anwar Ibrahim). It happened that at one time, if we were to watch TV3, sometimes the news on the Prime Minister was placed fourth in the bulletin’s running order, while that of the DPM was main story and headlined…...."

Malah, Mat Sabu pernah menyatakan beliau tidak yakin bahawa Anwar Ibrahim boleh menjadi Perdana Menteri yang baik..!

Menurut Mat Sabu, beliau percaya Anwar adalah manusia jenis yang sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan peribadinya…

Mat Sabu juga turut meramalkan, seandainya Anwar menjadi Perdana Menteri, mimbar Masjid Negara akan digunakan untuknya membaca khutbah agar seluruh negara akan mengatakan "Anwar adalah PM yang pertama membaca khutbah Jumaat...."


sumber : Medan Info Kita

Selasa, 14 Jun 2011

Bersih!!

Nampaknya bersih bangsat ni taknak berundur.

ini masanya hisham KDN tunjuk jantan.

buat apa saja yang patut untuk menghancurkan bersih. percayalah rakyat malaysia sudah paham gelagat bangsat pakatan nih ! rakyat malaysia dah muak perangai bersih ni.

kalau penunjuk perasaan nak tunjuk besar kepala,dah tiba masanya untuk FRU ganyang penunjuk perasaan tu sampai lumat !

korang berlembut pun kena jugak,
korang bertegas pun korang kena gak.

RAKYAT MALAYSIA BERSAMA POLIS DAN FRU !
KAMI MAHU KEAMANAN !

prevention is better than cure !
JOM GANYANG BERSIH !

Susah sangat ke nak sumbat penganjur dalam ISA???

Isnin, 6 Jun 2011

Terbaikkk!! Wajib Dibaca Oleh Puak2 PAS.



Ultra kiasu begitu bernafsu untuk menguasai Putrajaya. Berbagai cara dilakukan walaupun terpaksa mengorbankan prinsipnya. Mereka sanggup lakukan apa juga cara, termasuk strategi terbaharu memikat anak muda Melayu untuk menyertai mereka. Mereka tahu generasi lama, terutama yang lahir sebelum dan awal 13 Mei 1969, tidak akan menyertai mereka. Apatah lagi jika mereka faham perjuangan ‘Malaysian Malaysia’. Maka peluang digunakan untuk memikat generasi muda hari ini yang dikatakan tidak ada lagi perasaan 13 Mei di hati mereka.

Dalam usaha untuk memenuhi nafsu serakahnya, parti ultra kiasu mahu menonjolkan imej sebagai parti untuk semua. Parti ini telah melancarkan portal berita bahasa Melayu - Roketkini. Portal yang memfokuskan kepada berita dan analisis itu khusus untuk menarik sokongan pengundi Melayu, yang selama ini dianggap anti-ultra kiasu.

Roketkini akan menjadi wadah untuk menyampaikan dan membetulkan isu-isu yang dieksploitasi oleh pembangkang untuk memburukkan imej ultra kiasu. Ultra kiasu menuduh Barisan Nasional (BN) yang telah berjaya memanipulasi persepsi palsu bahawa ultra kiasu adalah anti-Melayu. Menurut Setiausaha Agong parti ultra kiasu itu, perjuangan mereka adalah untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum. Benarkah?

Bagi membuktikannya, parti ultra kiasu telah melantik bekas wartawan akhbar, berbangsa Melayu sebagai sebagai editornya. Tahniah kepada editor tersebut. Saya amat mengharapkan editor tersebut, yang saya kenali dapat mempergunakan pengalamannya, bagi menyedarkan umat Islam akan bahayanya ultra kiasu ini.

Jangan duduk di situ, seterusnya bersekongkol untuk menjatuhkan Melayu dan Islam. Benar, saya bersetuju, generasi muda mahu perubahan. Sayapun mahu perubahan. Tidak ada sesiapapun yang rasional suka kepada rasuah, korupsi, penyelewengan dan banyak lagi perkara mungkar. Tetapi jangan lupakan sejarah. Jadikan sejarah sebagai iktibar untuk dijadikan panduan melayari masa hadapan. Masih banyak lagi parti altenatif yang boleh dipilih jika kita tidak suka kepada parti yang memerintah hari ini. Tetapi bukan dengan memilih parti ultra kiasu.

Parti ini terlalu bahaya kepada kita sebagai umat Islam. Ambillah iktibar dengan apa yang berlaku di Singapura. Apabila mereka berkuasa, apa yang terjadi kepada nasib Melayu di bumi Melayu. Melayu terus terpinggir dan tidak dipercayai. Jika ada Melayu yang menentang, akan dibuang jauh-jauh seperti yang berlaku kepada Melayu Singapura, Dr. Lily Zubaidah. Melayu tidak lagi dilantik menjadi presiden. Ultra kiasu lebih mempercayai bangsa lain.

Namun, jika adapun Melayu yang dipercayai, mereka akan mengambil Melayu yang sudah tidak ada darah Melayu, tidak ada semangat Melayu dan apatah lagi semangat Islam. Inilah yang sedang berlaku di sana. Apabila perkara ini berlaku, mudahlah untuk mereka memperkudakan Melayu. Akhirnya, Melayu merempat di buminya sendiri.

Perkara ini telahpun kita nampak di Pulau Pinang, walaupun tidak secara jelas. Mereka tidak boleh lakukan secara terang-terang, kerana dari segi strategi tentunya akan menghilang sokongan. Maka dibuat secara perlahan-lahan dan terancang. Menghimpit dan dihimpit. Akhirnya, Melayu berasa tidak ada lagi ketenangan berada di pulau, maka berhijrahlah mereka ke Tanah Besar. Inilah strategi Yahudi di Singapura. Begitulah cara yang digunakan oleh Yahudi untuk menghalau umat Islam di Palestin.

Umat Islam tidak boleh duduk diam melihat keadaan ini. Jika begitulah keadaannya, saya amat mengharapkan supaya Umno segera berubah kerana orang lain dan bangsa lain sudah jauh berubah. Jangan terlalu memperjuangkan bangsa. Umno perlu menukar perjuangannya daripada kebangsaan Melayu kepada Melayu Muslim. Elok juga ditukar nama Melayu kepada Melayu Muslim. Tetapi masih mengekalkan nama Umno, menjadi United Malay Muslim National Organization (Umno), cuma ditambah perkataan Muslim. Mungkin agak sukar, tetapi tidak mustahil. Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Melayu dan Islam sudah sinonim. Lebih cantik dan molek perkataan Melayu Muslim digandingkan kerana ia lebih Islamik dan dapat mengetuk lebih ramai bangsa yang mahukan Islam.

Perlembagaan Umno yang menjunjung bangsa hendaklah diletakkan di tempat kedua. Fasal 3 asas dan tujuan Umno hendaklah diubah kepada Umno adalah sebuah parti politik yang berjuang memartabatkan Islam dan cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara. Jika Umno melakukan sedemikian, saya yakin ramai orang yang akan menyertai Umno, terutama mereka yang berada di atas pagar.

Ingat, parti ultra kiasu kini bercadang untuk bertanding di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan dan Terengganu bagi menguji penerimaan orang Melayu terhadap parti mereka. Sebagai permulaan, mereka berhasrat untuk bertanding di kawasan bandar yang majoritinya adalah orang Cina dahulu, tetapi di negeri majoriti Melayu. Jika berhasil, tidak mustahil selepas ini mereka akan bertanding di kawasan majoriti Melayu di negeri-negeri yang pecahan kaumnya tidak menampakkan majoriti-minoriti, seperti Melaka, Negeri Sembilan dan sebagainya.

Suka saya bertanya kepada sekutunya PAS dan PKR, jika ultra kiasu ingin bertanding di kawasan majoriti Melayu, kerusi siapa yang hendak diambil, PKR atau PAS? Saya tidak pasti sama ada PKR atau PAS sanggup menyerahkan kerusi mereka. Jika diserahkan, terbuktilah bahawa mereka semakin tunduk kepada parti ultra kiasu ini.

Inilah strategi licik parti ultra kiasu ini. Sebenarnya mereka tidak ada pilihan. Parti ultra kiasu ini mesti membuktikan bahawa mereka dapat diterima oleh semua kaum. Pada saya, mereka tidak layak untuk bertanding di kawasan Melayu. Jika mereka benar-benar ikhlas, serahkan kerusi-kerusi parlimen Kuala Lumpur yang majoritinya orang Cina kepada calon Melayu untuk bertanding. Benarkan calon ultra kiasu Melayu bertanding di Bukit Bintang, Kepong, dan sebagainya. Barulah tidak nampak ultra kiasu. Jika tidak, ultra kiasu, tetap ultra kiasu dan tidak boleh dipercayai sampai bila-bila. Sedarlah orang anak muda Melayu.

Diharapkan PAS tidak terperangkap demi masa depan Islam. Berhati-hati jika berkawan dan melayan kawan. Takut tergadai badan. Saya amat mengharapkan supaya kempen kesedaran dilakukan bagi menjauhi umat Islam menyertai parti ultra kiasu yang selalu berkata “langkah mayat aku” (over my dead body) jika mahu menegakkan negara Islam. Apakah kita masih terus bersangka baik?

Ramai yang beranggapan bahawa parti ultra kiasu telah berubah. Mereka bukan seperti dahulu, kuat menentang Islam. Sejak berkawan dengan Pas, mereka sudah berubah. Mula mendekati, memahami dan menerima Islam. Banyak buku dan kitab mengenai Islam telah dibeli dan dibaca oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Golongan muda ultra kiasu juga dikatakan jauh berbeza dengan golongan tua yang dikatakan sudah tidak relevan lagi. Atas alasan inilah agak-agaknya mereka mahu mengambil pendekatan pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai panduan mentadbir. Saya pernah juga diberitahu bahawa pemimpin ultra kiasu Pulau Pinang telah mengatakan hasratnya memeluk Islam.

Dalam hati saya berkata: “Alhamdulillah, kerana Pas berjaya mentarbiyyah dan memberikan kefahaman Islam terhadap mereka walaupun hanya berkawan dalam jangka masa singkat”. Persoalannya, adakah semua ini benar? Saya masih tertunggu-tunggu.

Bandingkan pula dengan Umno selama berkawan dengan parti-parti komponennya dalam BN, sekurang-kurangnya saya lihat beberapa menteri kanan bukan Islam memeluk Islam seperti Tun Omar Ong Yoke Lin dan Datuk Leo Michael Toyad. Tahniah, saya tumpang gembira dan bersyukur.

Tertanya-tanya pula saya, mengapa mereka yang tidakpun menyebut atau menjaja nama Umar Abdul Aziz, tiba-tiba boleh pula memeluk Islam. Manakala mereka yang terlalu obsess dengan gaya Umar Abdul Aziz, tidak juga nampak tanda-tanda untuk memeluk Islam. Inilah selalu saya bangkitkan, mesti ada udang di sebalik batu. Slogan Umar Abdul Aziz hanya mahu ‘mencairkan’ hati kita. Wal hal sebenarnya mereka ada agenda lain seperti musang berbulu ayam.

Malangnya, kita tidak pernah mengambil pengajaran. Sekurang-kurangnya belajarlah daripada mentor mereka di Singapura. Sehingga ke hari ini, pemimpin tua ultra kiasu yang tidak lagi menjadi Perdana Menteri, masih lagi berkuasa menentukan hala tuju dan masa depan Singapura. Ultra kiasu Singapura tidak pernah bersangka baik dengan orang Melayu, apatah lagi Melayu di negara kita. Hatta, sehingga ke akhir hayat isteri mentor tersebut masih sempat berpesan supaya jangan percaya kepada Melayu, kerana mereka kuat berpegang kepada Islam

Sebenarnya, ultra kiasu tidak pernah berubah. Perjuangan mereka tetap sama, tidak kira golongan tua atau muda. Malah lebih ultra lagi berbanding dahulu. Apa juga berkaitan dengan Islam akan ditentang habis-habisan walaupun nilai-nilai Islam juga akan kaitan dengan agama mereka. Jika mereka sudah berlembut dengan Melayu, sudah tentu mereka akan cuba menambat hati Melayu dengan memakai pakaitan tradisi Melayu ketika pembukaan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Ini tidak, mereka langsung tidak mahu dikaitkan dengan Melayu.

Kerajaan Kelantan cuba mengharamkan nombor ekor atau loteri. Adakah mereka bersetuju? Fahamkah mereka kepada Islam setelah berkawan dengan parti Islam? Jika tidak percaya, cuba kerajaan Kelantan haramkan arak, judi dan sebagainya adakah mereka akan bersetuju? Jawapannya ini sudah cukup memberikan gambaran sebenar akan ‘belang’ mereka. Tetapi kita tidak pernah serik.

Cuba tanya parti ultra kiasu antara PKR dan Pas, yang mana satukah pilihan mereka? Saya teramat yakin, mereka lebih selesa bekerjasama dengan PKR berbanding Pas. Buat sementara ini, mereka terpaksa menerima Pas kerana pengaruh dan kekuatan Pas masih mencengkam kalangan orang Melayu. Ditakdirkan kekuatan Pas semakin merosot, tunggulah masanya untuk ditendang keluar.

Dalam Islam, memang kita sepatutnya bersangka baik daripada berprasangka, apatah lagi melabelkan mereka. Tetapi tindak-tanduk mereka yang sudah jelas menyatakan penentangan mereka terhadap Islam membuatkan saya ragu-ragu. Mungkin Pas akan bertanya bagaimana pula dengan MCA, Gerakan dan MIC? Tidakkah mereka juga turut tidak bersetuju dengan negara Islam dan dasar-dasar Islam? Jawapannya, mereka juga tidak banyak bezanya, kerana mereka tetap satu dalam tiga atau tiga dalam satu. Saya cuma mengajak kita membuka mata. Ambillah pengajaran setiap yang berlaku.

Apapun sebelum mempercayai orang lain, lebih baik menaruh harapan terhadap saudara seagama. Hassan Al-Banna pernah berpesan, pendirian kita terhadap kepelbagaian kumpulan Islam yang wujud hendaklah berasaskan kasih sayang, persaudaraan, saling bantu membantu dan memberikan janji setia. Agama Allah adalah mudah dan penuh hikmah. Seseorang yang bersikap keras dalam agama, dia akan dikalahkan.
oleh: Ridhuan Tee Abdullah