Khamis, 21 April 2011

Teknologi Korea Mengesahkan Anwar Ibrahim


KOREA SELATAN SAHKAN PERKARA INI!! Melalui Laporan Biometrik yang menggunakan mesin imbasan diri berkomputer, sebuah Agensi Penyiaran Terkemuka di Korea Selatan telah mengesahkan bahawa Pemimpin Politik yang dikaitkan di dalam Video tersebut adalah Anwar Ibrahim. Ini berdasarkan perincian saiz tubuh Anwar dalam rekod polis. Analisis dan kajian tersebut akan diserahkan kepada pihak Peguam Negara bagi langkah susulan. Kandungan laporan itu juga mengesahkan bahawa keputusan Analisis Visual dan Teknikal Video itu diperoleh oleh Pasukan Penyiasat Khas yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada 10 April lalu selepas menghantar sampel rakaman berkenaan kepada agensi itu pada 4 April.


Pihak polis juga telah berjaya menyoalsiasat Wanita Asing di dalam Video terbabit yang didakwa merupakan salah seorang Pelajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Kuala Lumpur. Ada yang mendakwa Wanita Asing tersebut juga berasal dari Korea Selatan dan dibesarkan di China.
sumber: Media Delima

Tiada ulasan:

Catat Ulasan