GUAR JERING 4/4/2010. Satu kemalangan ngeri telah berlaku dimana sebuah Jentani telah terbenam kedalam parit apabila pemandunya hilang kawalan ketika tiba dipersimpangan menghala ke kampung Guar Jering. Namun diatas ketangkasan pemandunya dengan aksi stunt berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.Belum pun sempat Bomba dan Penyelamat tiba untuk membantu, keperihatinan sebuah jentera membajak (Traktor) dengan semangat UMNO juara rakyat telah bertindak dengan pantas menaikan Jentani tersebut sebelum sempat ditelan bumi.Menurut pemandu traktor tersebut kemungkinan pemandu Jentani telah melebihi had laju ketika menyusuri corner tersebut hingga hilang kawalan manakala pemandu Jentani juga tidak dapat memberi sebarang komen kerana masih trauma akibat insiden tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan