Ketua Menteri, Lim Guan Eng menerima peletakan jawatan Mohd Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Exco Pulau Pinang berkuat kuasa 8 April ini. Lim berkata, kedudukan Mohd Fairus sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti bagaimanapun kekal. Beliau berkata demikian pada sidang media, di sini, tengah hari ini.Apakah komen pemimpin-pemimpin parti pembangkang? Apakah perletakan jawatan Mohd Fairus juga angkara dari perbuatan jahat pemimpin BN? Fikirlah! Ibarat kata pepatah Melayu, "Kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tak nampak". Walau bagaimanapun, PKR sudah mencipta suatu sejarah baru di Pulau Mutiara. Sejarah orang Melayu yang pertama meletak jawatan sebagai TKM1 di Pulau Mutiara. Pernahkah belaku semasa BN memerintah? Tak pernah berlaku di mana-mana negeri sejak 50 tahun memerintah negara Malaysia. Rakyat yang mengundi Mohd Fairus kini tertipu! Rakyat yang berkulit sawo matang tanpa kira ideologi politik turut rasa malu. Pemimpin sepertimana lagi selepas ini mahu PKR tonjolkan untuk mewakili orang Melayu di Pulau Pinang ini? Cakap tak serupa bikin. Nak hentam dan bedai orang memang mudah tapi bila kena dah jadi pemimpin negeri baru tahu susah. Baru usia setahun, sudah terbabas dengan pelbagai isu. Apa komen rakan-rakan dari parti pembangkang khususnya PAS dan PKR?
Minah- Nampak sangat ANWAR Brahim tu tak tau nk pilih orang.
Minah ada cerita sensasi lagi hangat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan