Rabu, 25 Mac 2009

Fairus Ditahan

GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan dakwaan rasuah membabitkan sebuah syarikat kuari di Seberang Prai. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu ditahan di Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) di Johor, kira-kira jam 11 malam tadi. "Beliau ditahan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, pagi ini.
Difahamkan, Mohammad Fairus yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I berkuat kuasa 8 April ini, ditahan oleh sepasukan pegawai imigresen sebelum diserahkan kepada SPRM Johor. Beliau kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Air Molek kira-kira jam 2.45 pagi ini dan pegawai SPRM sedang mengambil keterangannya.
Penghuni Gua : Itu le. Jangan nak mengata orang. Jaga le diri sendiri. Lepas ini, PR akan kata ini konspirasi UMNO untuk jadikan isu dan kalahkan PR dalam pilihanraya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Salah, salah lah. Jangan menyalahkan orang lain. jadi kepada PR politik wang ke , rasuah ke berlaku pada semua parti. jadi sama-samalah kita membenterasnya. Jangan memperlekehkan parti lain seolah kita maksum semuanya.

Isnin, 23 Mac 2009

Guang Eng Tolak Khabar Angin PRK Penanti

BUKIT MERTAJAM, 23 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak khabar angin bahawa satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan di negeri ini ekoran peletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin.Beliau berkata kerajaan negeri, bagaimanapun, perlu bersedia berdepan apa jua kemungkinan, namun pada masa ini tiada sebab untuk diadakan satu lagi pilihan raya kecil di Pulau Pinang."Saya telah katakan bahawa kita perlu bersedia untuk segala kemungkinan, tetapi saya tidak mengatakannya untuk anda semua (wartawan) membuat spekulasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan kilang E-Galv Steel Industry Sdn Bhd di sini Isnin.Beliau berkata kerajaan negeri berfungsi atas dasar bahawa terdapat TKM 1 pada Khamis dan Jumaat lepas hinggalah kerajaan negeri menerima surat Mohammad Fairus pada Sabtu, yang menyatakan beliau akan meletak jawatan sebagai TKM 1."Kami menghormati keputusannya dan akan membenarkan beliau mengumumkan alasannya, tetapi buat masa kini, biarlah kami uruskan keadaan itu seperti mana ia berlaku."Beliau berkata kerajaan negeri masih berfungsi seperti biasa. "Ketua Menteri masih ada, bukan?" katanya berseloroh.Bagaimanapun, Lim berkata beliau tidak mahu mengulas mengenai dakwaan (konspirasi) yang dibuat oleh timbalannya memandang itu adalah urusan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).Sabtu lepas, Lim mengumumkan bahawa Mohammad Fairus akan meletak jawatan sebagai TKM 1 dan anggota Exco berkuat kuasa 8 April, tetapi kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti serta anggota PKR.Dalam perkembangan lain, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata sungguhpun akhbar membuat spekulasi bahawa Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai, pakatan pembangkang perlu bersedia menangkis apa jua rintangan."Dalam pilihan raya kecil, kemenangan sering berpihak kepada parti pemerintah, jadi, pilihan raya kecil yang akan datang bukanlah mudah untuk kami namun kami akan berusaha sedaya upaya untuk menang," katanya.Lim berkata tidak ada sumber yang cukup bagi membantu ketiga-tiga calon pakatan pembangkang dalam kempen mereka memandangkan ketiga-tiga pilihan raya kecil itu diadakan serentak.

Minah- Haritu pun mcm ni jugak ayatnya bila menafikan tentang kes Fairus nak letak jawatan. Sekarang apa dah jadi??

Sabtu, 21 Mac 2009

Aku Dah Agak Dah..


Ketua Menteri, Lim Guan Eng menerima peletakan jawatan Mohd Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Exco Pulau Pinang berkuat kuasa 8 April ini. Lim berkata, kedudukan Mohd Fairus sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti bagaimanapun kekal. Beliau berkata demikian pada sidang media, di sini, tengah hari ini.Apakah komen pemimpin-pemimpin parti pembangkang? Apakah perletakan jawatan Mohd Fairus juga angkara dari perbuatan jahat pemimpin BN? Fikirlah! Ibarat kata pepatah Melayu, "Kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tak nampak". Walau bagaimanapun, PKR sudah mencipta suatu sejarah baru di Pulau Mutiara. Sejarah orang Melayu yang pertama meletak jawatan sebagai TKM1 di Pulau Mutiara. Pernahkah belaku semasa BN memerintah? Tak pernah berlaku di mana-mana negeri sejak 50 tahun memerintah negara Malaysia. Rakyat yang mengundi Mohd Fairus kini tertipu! Rakyat yang berkulit sawo matang tanpa kira ideologi politik turut rasa malu. Pemimpin sepertimana lagi selepas ini mahu PKR tonjolkan untuk mewakili orang Melayu di Pulau Pinang ini? Cakap tak serupa bikin. Nak hentam dan bedai orang memang mudah tapi bila kena dah jadi pemimpin negeri baru tahu susah. Baru usia setahun, sudah terbabas dengan pelbagai isu. Apa komen rakan-rakan dari parti pembangkang khususnya PAS dan PKR?


Minah- Nampak sangat ANWAR Brahim tu tak tau nk pilih orang.

Minah ada cerita sensasi lagi hangat..

Selasa, 3 Mac 2009

Cerita Anak Haram Dari Utara

Sshhh.... Ada cerita menarik yang Minah Jonggang dapat dari sumber-sumber yang boleh dipercai..
Ada satu cerita tentang seseorang yang sangat glamor seantero dunia yg berasal dari Utara tanah air Malaysia. Masa Minah pergi melepak dengan beberapa orang kawan-kawan Minah di sebuah kedai makan, datang beberapa orang baru balik dari mesyuarat JKKKP, mereka duduk dibelakang meja Minah duduk dalam 5 orang adalah, dan terdengarlah cerita yang menarik ini. Ada seorang tu yg memulakan cerita berkenaan dengan kisah si AB (Bukan Nama sebenar) yang sebelum dilahirkan bapak beliau si B(Bukan nama sebenar) telahpun berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak dengan isterinya si Y(bukan nama sebenar) bapa yang bekerja sebagai Dresa telah melakukan penzinaan dengan seorang Misi, la ni orang panggil Nurse. Maka hasil dari penzinaan tersebut lahirlah seorang anak haram yang sememangnya perangai serupa haram jadah sekarang ni yang mana telibat dengan berbagai perbuatan yang menyalahi agama islam. nampak aja macam alim tetapi Minah rasa lebih jahat dari firaun di Mesir. AB ni memang seorang yang sangat pandai bercakap serta dapat mempengaruhi orang yang mendengar ucapan beliau. jadi pesan Minah agar berhati-hati dengan makluk tuhan paling jahat ini.. ok chowwwwww jumpa lagi dengan gosip yang menarik dari minah.