Isnin, 19 Julai 2010

Program UMNO Juara Rakyat Bulan Ekonomi & Keushawanan

PERMATANG PAUH 18/7/2010. Program UMNO Juara rakyat dengan tema Bulan Ekonomi dan Keushawanan telah berlangsung dengan sambutan yang amat memberangsangkan bertempat di Politeknik Permatang Pauh. Perbagai acara menarik telah diatur seperti pertandingan makan durian (sebanyak 1 lori), pertandingan pulut & serawa, pameran serta jualan dari usahawan bumiputera. Peluang-peluang perniagaan juga disediakan kepada pengunjung yang berminat tak lupa juga bantuan kewangan dari Tekun serta bank-bank tempatan. Turut hadir, Ketua UMNO Bhg. Permatang Pauh, Dato' Abdul Jalil, Dato' nasir, Hj Abdul Rahim, Cikgu Zaidi serta ramai lagi ketua-ketua cawangan, ketua pemuda dlm Parlimen Ptg. pauh. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Paduka haji Badruddin Bin Amiruddin yang merupakan Pengerusi Fama merangkap Pengerusi Tetap UMNO Malaysia.
Menurut pengerusi Bulan Ekonomi dan Keushawanan, Dato' Mohd Nasir yang juga Tim. Ketua UMNO Bahagian permatang Pauh, Beliau tidak menyangka pengunjung-pengunjung yang hadir pada program kali ini diluar jangkaan beliau juga memohon kemaafan kepada pengunjung yang tidak sempat untuk makan durian kerana habis awal. katanya lagi, kalau beliau tahu sambutan sebegini beliau akan menyediakan 3 buah lori buah durian.

Pertandingan Pulut & Serawa



Abang Tekun kita Saudara hafizal memberi senyuman mesra




Rabu, 14 Julai 2010

Penyerahan Bantuan Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

PENANTI 14/07/2010. Hari ini berlangsungnya penyerahan bantuan untuk insan yang kurang upaya dalam kadun Penanti telah disampaikan oleh Penyelaras Kadun Penanti iaitu Tuan Haji Abdul Rahim Man dengan kerjasama dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diketuai oleh Puan Norlela Binti Saad. Kali ini seramai 3 orang telah terpilih bagi menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Turut hadir beberapa exco pemuda bahagian, saudara Sabri Safar, Saiful Azhar serta beberapa orang kuat UMNO Cawangan.

Penerima pertama dari Kampung Guar Perahu iaitu Halimah Binti Amran yang berusia 80 tahun, telah uzur dan mempunyai seorang anak perempuan yang kurang upaya berumur 40 tahun yang masih mengunakan kad pengenalan lama.
Penerima Kedua dari Taman Guar Perahu, Siti Rohani Binti Daud 55 tahun yang menderita penyakit Kencing Manis,darah tinggi serta Strok semenjak 3 tahun lalu. Beliau kini tinggal bersama dengan anak perempuannya, Sitina Ummu Mariyam 26 tahun yang tidak berkerja. Beliau memohon bantuan dari Jabatan kebajikan Masyarakat pada bulan Mac dan sebulan sahaja telah diluluskan.
Penerima ketiga yang telah terpilih dari Kampung Mengkuang Titi iaitu Che Puan Binti ishak 77 tahun yang menderita penyakit Strok dan darah tinggi. Beliau kini tinggal bersama dengan anaknya Puan Safiyah Binti Ali seorang ibu tunggal mempunyai 2 orang anak. Beliau membuat pemohonan pada bulan Mac dan diluluskan pada bulan April.

Selasa, 13 Julai 2010

Demi Islam dan ketuanan melayu terpulang pada PAS untuk bersatu



Situasi perubahan arus perdana politik tanahair sekarang ini semakin menjadikan pemikiran rakyat Malaysia menjadi semakin kreatif dan kritis.. Dalam menghadapi survival politik terkini maka timbullah perbagai pandangan untuk menyatukan dua parti iaitu UMNO dan PAS.

Persolannya adakah perlu PAS KELUAR DARI PAKATAN ,jawapan bagi saya YA... PAS perlu keluar sebelum keadaan yang lebih membimbangkan demi bangsa dan agama. PAS mampu membina integriti sendiri. Adakah perlu PAS bersatu dengan UMNO. Jawapannya terpulang pada ahli PAS.

KENAPA PAS MENYERTAI PAKATAN RAKYAT ?

Apa hasrat PAS menyertai Pakatan Rakyat ?

Apa matlamat PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP ?

Apa penting PAS menyertai PAKATAN RAKYAT ?

Pemimpin PAS mengambil risiko dalam perjuangan yang hambar, yang tidak mempunyai matlamat sebenar PAS. Seolah PAS sudah di beli oleh sebahagian dari mereka yang mengambil peluang untuk menyampai cita-cita yang karut.

Omong yang tidak menentu, omong yang memecahkan rakus. Cita-cita besar PAKATAN RAKYAT hanyalah untuk membahagikan sama rata. Meminggirkan yang hak. Apa sudah jadi Pulau Pinang. Orang Melayu yang sudah terjun laut.

Pemimpin yang memimpin dengan konsep perniaga dan selepas itu monopoli segalanya. Sekarang sikit sahaja yang tinggal, untuk menangkan hati rakyat, perkara yang tak patut dia buat pun, dia akan cuba lakukan. Bagaimana orang yang sedang mabuk asmara. Sekarang apa pun boleh. Bila dah dalam gemgaman, hidung bertemu hidung pun dia tak menyapa.

PAS dengan DAP mimpi tak sama. Emak bapa pun lain. Jika kereta pun jenama lain, tak sama buatan. Warna lain, logo lain, cap lain. Cara beristinjak pun lain dah.Terkejut beruk saya bila PAS join dalam PAKATAN RAKYAT. Cuma cita-cita nak bakar kelambu masam. Kelambu yang dah lama tak basuh. Nak di sental dengan clorok terus-terusan. Nak di tukar terus dengan kelambu yang masam dan berlubang ini. Apa kata kita cuba tampung yang berlubang dan kita basuh semula, adakah lebih jimat?

PKR apa lagi... Penubuhan banyak melayu suatu ketika dulu. Sekarang dah jadi macam rojak buah timun ada, nenas pun ada, buah pauh pun juga, orang yang kecewa pun ada dalam PKR.

PAS mesti mengutarakan penarikan diri dari PAKATAN RAKYAT. Saya tidak mahu mengistilah pakatan ini secara lebih buruk dalam nawaitu saya.

PAS mesti naik sampan baru? Sampan yang ada tak kemana, kerana sampan ini juga banyak lubang. Sampan ini baru sahaja di buat, tapi kayunya reput, kayu yang tak tahan air, pakunya pun berkarat. Dayungnya akan patah. Ukuran yang tak sama. Ada yang tinggi, berat sebelah. Galanya lain. galanya pun lama.... ada ke yang tahu gala itu apa ?.

Lebih baik PAS bina sampan yang baru dengan ukuran sendiri, semua sendiri, konsep sendiri, perjuangan sendiri. Boleh pilih kayu yang baru, fiber yang berkualiti. Kita buat besar pun tak mengapa... Sebab nanti orang kita nak naik ramai. Ini kita pergi tumpang sampan orang.... Aduh tambang pun mungkin kena bayar... jadi fikir-fikirlah. - Bro

Sabtu, 10 Julai 2010

Sekitar Persidangan Tahunan Pemuda UMNO Permatang Pauh

PERMATANG PAUH 10/07/2010. Persidangan tahunan pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh telah berlangsung dengan jayanya yang dirasmikan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia iaitu Yb. Datuk Seri Haji Shahidan kasim mantan Menteri Besar Perlis. Persidangan ini telah berlangsung di Dewan besar Giat Mara Permatang Ara dengan Pemuda Permatang Pauh telah memecahkan tradisi dari segi berpakaian ala-ala Angkatan Tentera Malaysia. Menurut ketuanya iaitu Mohd Zaidi Bin Md Said yang lebih dikenali dengan nama Cikgu Zaidi berkata ini sebagai lambang atau menunjukkan yang Pemuda-pemuda UMNO Permatang Pauh ini telahpun bersiap sedia dari sekarang untuk berperang habis-habisan dengan Pakatan rakyat menjelang PRU-13 bagi menawan kembali Permatang Pauh.













Rabu, 7 Julai 2010

Sekitar Kejohanan Badminton Guar Jering

GUAR JERING Baru -baru ini berlangsungnya Kejohanan Badminton bertempat di Gelangang Badminton Pak Mat di Kampung Guar Jering yang mana telah berjaya menarik seramai 40 orang yang terdiri dari pemuda-pemuda Guar Jering serta beberapa orang pemain luar.
Walaupun gelanggang Badminton tersebut nampak begitu daif sekali berbanding ditempat lain yang kebanyakkannya didalam dewan yang selesa namun semangat juang yang tinggi dapat dilihat dikalangan peserta serta semangat kesukanan yang jitu menambah kemeriahan pada pertandingan tersebut biarpun dalam keadaan cuaca yang panas terik ,hujan serta angin yang kadang-kadang terpaksa diteruskan juga memandangkan masa amat terhad.
Turut datang menyampaikan hadiah adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat iaitu Tuan Haji Abdul Rahim Bin Man selaku Penyelaras Kadun Penanti yang agak sibuk dengan tugas harian dapat juga meluangkan masa bersama pemuda Guar Jering.
Menurut pengerusi pertandingan, Saudara Zafar bin Abu Bakar, Pada mulanya kami menjangkakan hanya 20 orang sahaja peserta tetapi apabila borang penyertaan diedarkan rupanya sambutan amat menggalakan 2 kali ganda dari jangkaan dan beliau juga berharap agar pihak UMNO Bahagian dapat memberi peruntukan bagi memperbaiki gelangang ini serta dapat menambah lampu supaya pemuda-pemuda dapat bermain diwaktu malam memandangkan tiada aktiviti-aktiviti waktu malam sejurus dapat menghindari dari gejala sosial yang tidak sihat.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang hadiah serta terima kasih kepada Ketua UMNO Cawangan Guar Jering saudara Saiful Azhar Bin Hassan kerana memberi sumbangan makan minum serta PA System sepanjang majlis ini berlangsung.














Rabu, 30 Jun 2010

Sekitar Persidangan Tahunan UMNO Cwn. Guar Jering

Guar Jering 13/6/2010. Persidangan UMNO Cawangan Guar Jering berjalan dengan lancar dan dirasmikan oleh Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh, Saudara Mohd Zaidi Bin Md Said. Sebelum itu telah berlangsungnya persidangan bagi Puteri, Pemuda serta wanita. Saudara Bahrain Ketua Cawangan Kg Paya merangkap exco Bahagian diberi tangungjawab memantau perjalanan mesyuarat tersebut. Saya bagi pihak UMNO Cawangan Guar Jering mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang hadiah untuk hadiah cabutan bertuah serta makan minum hari itu.
Antaranya:
Mohd Zaidi Bin Md Said - Ketua Pemuda Bahagian / Penyelaras kadun Ptg.Pasir.
Suhaimi Bin Sabudin - Naib ketua Pemuda Bahagian Permatang pauh.
Tuan haji Abdul Rahim Bin Man - Penyelaras kadun Penanti.
Dato' Ariff Shah Bin Omar Shah - Adun Seberang jaya.
Dato' Mohd Nasir - Tim. Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh.

Antara Ahli-ahli yang datang

Penerima Hadiah cabutan Bertuah

Tn haji Hassan menerima Sijil penghargaan dari Cikgu Zaidi

Cenderahati Untuk Wakil bahagian