Kesian kat pakcik-pakcik ni, lama dah depa dok kena kelentong dengan Anwar Ibrahim dan Mansor. Tiap-tiap hari ada saja kelentong yang dicipta oleh mereka untuk menipu rakyat termasuklah penyokong-penyokong kuat mereka di Permatang Pauh. Anwar dan Mansor hanya akan balik kawasan bila ceramah saja. Kalau tidak jangan harap la nak nampak batang hidung mereka di Permatang Pauh. Jangan katakan rakyat, orang yang dok menghambakan diri pada mereka pun belum tentu dapat berjumpa dengan mereka.
Ekoran tak tahan dengan penipuan demi penipuan Anwar dan Mansor pada rakyat Permatang Pauh, Seramai 130 orang kuat PKR di Permatang Pauh telah bernekad untuk meninggalkan PKR dan pulang ke perjuang asal iaitu menyertai UMNO semula.
Sebentar tadi telah berlangsung Majlis penyerahan borang keahlian UMNO sebanyak 55 borang oleh Tn Hj Abd Wahab Abd Rahman iaitu Bekas Ketua Cawangan PKR Tanah Liat merangkap bekas AJK PKR Cabang Permatang Pauh merangkap Pengerusi JKKN Tanah Liat dan sebanyak 75 borang oleh Saudara Nasir, bekas AMK Bukit Berangan kepada Dato Zainal Abidin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.
EP harap dengan terimanya 130 borang keahlian UMNO oleh penyokong kuat PKR ini akan dapat membuka mata lebih ramai lagi rakyat Permatang Pauh yang menyokong PKR tentang penipuan dan putarbelit parti itu dalam membela rakyat terutamanya orang Melayu dan menjadi pemangkin untuk mereka untuk meninggalkan PKR menyertai UMNO.
Tahniah diucapkan pada UMNO Negeri Pulau Pinang dan UMNO Bahagian Permatang Pauh kerana telah menjalankan tugas dengan baik bagi menjaga kebajikan orang Melayu di Permatang Pauh dan juga Pulau Pinang.
Sumber: Empayar Pemuda
Sumber: Empayar Pemuda