Isnin, 18 Mei 2009

BN Tak Mau Lawan PKR Di Penanti

Barisan Nasional tidak akan meletakkan calon menentang PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.Perdana menteri menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut. Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya. Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara. Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur selama lebih dua jam bermula 4.30 petang. Keputusan BN itu tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini, Najib pernah mengatakan BN mungkin tidak bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut kerana tidak mahu 'membazirkan wang rakyat'.PKR pula telah menamakan timbalan pengerusi perhubungannya di Pulau Pinang, Mansor Othman untuk mengisi kembali kerusi tersebut yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin.Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang melepaskan kerusi tersebut 16 April lalu di tengah-tengah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas suruhanjaya itu mendapati tiada bukti kukuh untuk berbuat demikian.Ditanya mesej yang ingin disampaikan BN kepada masyarakat, Najib berkata mereka "tidak mahu menari mengikut rentak pembangkang."

Ahad, 17 Mei 2009

Awas Provokasi Anwar Di Penanti



Saya percaya satu dunia teruja menantikan pengumuman BN samada untuk menyahut cabaran di Penanti. Penyokong BN menantikannya bagi meneruskan kesinambungan perjuangan, manakala pembangkang menanti saat ini bagi 'membelasah' BN menerusi media-media asing tatkala kempen berlangsung nanti.Semua ini dirancang rapi AnWAR bagi melonjakkan imejnya di mata umum. JANGAN LUPA! Awal Julai nanti AnWAR bakal menghadapi saat getir dalam hidupnya - pebicaraan kes liwat yang beliau cuba tangguhkan beberapa kali atas alasan teknikal.Bertanding di kawasannya, AnWAR yakin beroleh kemenangan. Bukan itu yang beliau cari sebenarnya. Jika PKR menang, imej beliau di mata umum akan melonjak. 'AnWAR tetap punya sokongan', lapor media pembangkang. Media asing akan melonjakkan imej AnWAR. Jika PKR kalah, akan dilaporkan BN masih dgn perangai lama, penipu dsbnya. SPR bakal dipersalahkan.Ini yang AnWAR mahu sebenarnya, PUBLISITI (w/pun murahan). beliau tidak peduli itu semua. Publisiti bakal melonjakkan namanya biarpun apa keputusannya nanti, w/pun AnWAR menjangka kemenangan. Publisiti berlebihan terhadapnya nanti akan memberi kesan terhadap masyarakat. Kesannya pada AnWAR, sokongan dan simpati masyarakat kepada beliau akan melonjak.AnWAR akan menyalahkan kerajaan kerana takut kepada beliau. Perbicaraan itu nanti konon bakal diatur bagi menyekat kemaraannya dalam politik negara. PERSEPSI yang bakal dilontar AnWAR, kerajaan akan mengguna semua agensinya menafikan kebenaran kononnya. AnWAR juga bakal meningkatkan sokongan pembangkang terhadapnya yang mula longgar kini. Melalui p/raya Penanti, AnWAR akan menggambarkan pembangkang masih bersatu, walhal pakatan pembangkang kian prejudis satu sama lain. Kononnya nanti perpecahan pembangkang hanya mainan media pro-BN.Bagi menghadapi AnWAR, satu tindakan 'di luar kotak' diperlukan. Tidak perlu terikat dengan taktik konvensional yang sudah lapuk. Perlu tindakan drastik 'luar jangka'. Saya percaya lawan AnWAR semakin matang menghadapi beliau. Usahlah terperangkap dengan mainan AnWAR yang hanya mahukan publisiti bagi melonjakkan dirinya. Rakyat tidak pernah AnWAR dahulukan, yang penting hanya dirinya sahaja. AnWAR pasti terkedu jika kali ini provokasinya tidak menjadi kerana beliau sememangnya bergantung kepada 'talian hayat' Penanti bagi mempopularkan dirinya!

Isnin, 4 Mei 2009

Pesanan Buat Orang UMNO Penanti


Kepada semua ahli UMNO dan penyokong sedarlah bahawa terdapat sebilangan dari kamu yang menyokong anwar semasa PRK Parlimen Permatang Pauh...
Terdapat juga dikalangan kamu yang menerima imbuhan dan buah tangan dari juak-juak anwar untuk mengadaikan kesetiaan kamu dalam UMNO dengan memberi undi kepada anwar...
Terdapat juga di antara kalian yang berbalah sesama sendiri kerana inginkan kerusi ADUN di kawasan tersebut... maka kali ini bersatu hatilah kalian untuk menunjukkan kepada ahli UMNO yang lain bahawa kalian benar-benar menyokong perjuangan UMNO yang asal...
Jauhilah sikap berbalas dendam atau menikam dari belakang kerana ini akan merugikan kita semua...
kamu semua kenal siapakah anwar dan keluarganya kerana anwar berasal di kawasan kalian...
tunjukkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa UMNO Penanti dan Permatang Pauh menolak pemimpin seperti anwar ibrahim.

Menanti BN di Penanti - Lawan tetap lawan




UMNO tetap dihati Kami- Orang Penanti


Ahad, 3 Mei 2009

PAS Tak Mau Diperkudakan Lagi Oleh PKRDAP

KEPALA BATAS: Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang mahu pucuk pimpinan parti itu mengkaji semula perjanjian antara parti pakatan berhubung keputusan memperuntukan kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Penanti ditandingi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR). Timbalan Pesuruhjayanya, Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata desakan untuk Pas meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini semata-mata memelihara amalan demokrasi yang sihat. "Keputusan PAS negeri bukan dibuat untuk jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sebaliknya bertujuan mengubah persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan pakatan PKR-DAP-Pas," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan Pas kawasan Kepala Batas di sini, hari ini.
Mujahid berkata, peletakkan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti dilakukan secara mengejut dan tanpa alasan kukuh. Katanya, pakatan PKR-DAP-PAS wajib mengambil kira suara akar umbi yang tidak berpuas hati terhadap trend peletakan jawatan yang dikhuatiri menjadi suatu budaya politik tidak sihat di kalangan wakil rakyat. Kerusi DUN Penanti kosong berikutan Mohammad Fairus meletak jawatan ADUN pada 16 April lalu atas alasan mahu menyambung pelajaran.
Pada 28 April lalu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman sebagai calon parti untuk bertanding di Penanti. - Bernama

Sabtu, 2 Mei 2009

Kejutan ANWAR Tak Menjadi Di PENANTI


Gambar Jalan Masuk Ke Kampung Kubu, Penanti, yang merupakan 99.9% penyokong kuat BN.
SETELAH tiga kali kalah pada pilihan raya umum, Dr Mansor Othman, sekali lagi dicalonkan PKR untuk bertanding di DUN Penanti dan dijangka ditentang hebat oleh bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah dalam pengundian pada 31 Mei ini.Namun berdasarkan laporan awal seorang pemimpin Pas Permatang Pauh yang anti-Anwar Ibrahim mungkin ‘kacau daun’ dengan mengingkari arahan Presiden Pas, Hadi Awang untuk turut bertanding merebut kerusi yang dikosongkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.Tetapi kalangan pemerhati mengingatkan krisis dalaman itu mungkin sengaja dicetuskan sebagai satu lagi helah Anwar untuk menarik Umno meletakkan calon pada hari penaman 23 Mei depan bagi menyertai pilihan raya kecil N.12 itu.Tinjauan menunjukkan aktivis Pas dan PKR akan digembleng bagi memastikan ‘Umno berkubur’ di Penanti walaupun ketua Pas Permatang Pauh mengumumkan semua jentera pilihan raya parti dibekukan kerana calon mereka tidak dipilih bertanding di lubuk Pas itu.Sebenarnya Anwar yang cuba mencuri perhatian rakyat daripada difokuskan kepada pelantikan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April, dilaporkan akan membuat kejutan pada bulan April ini tetapi semua dibuatnya gagal mengalihkan tumpuan daripada Najib.Pertama: Pengumuman Anwar mengenai barisan Kabinet Bayangannya tidak sempat disebarkan kerana hampir semua naskhah Suara Keadilan mengenainya dirampas kerana cuba dijual kepada ramai. Apa yang pasti kata blog Sarawak Update, hanya dua wakil dari Sarawak dilantik tanpa kelibat pemimpin Pribumi berbanding lima dalam Kabinet Najib. Kedua: Rombakan AJK Pusat PKR yang memberi lebih banyak pendedahan kepada Wan Azizah mungkin adalah muslihat Anwar untuk menghadapi pelbagai kemungkinan berikutan perbicaraannya dalam kes liwat di Mahkamah Tinggi Julai ini.Ketiga: Hajatnya meletakkan wakil PKR lebih matang dan cekap sebagai TKM 1 menggantikan Fairus diharap tercapai jika Mansor menang kelak. Bekas pensyarah USM itu bagi Anwar mampu menggalas tugas tersebut dan tentunya jasa Mansor ketika menjadi Setpol beliau dulu perlu dibalas.Pada asasnya Fairus dianggap adalah mangsa sikap buruknya sendiri, tetapi dakwaan beliau wujud komplot menjatuhkannya kini semakin nyata dan tidaklah lain daripada satu lagi permainan licik didalangi Anwar.Satu-satunya tuduhan paling berat iaitu Fairus terlibat dalam rasuah kes kuari terbukti tidak benar setelah disiasat SPRM manakala alasan beliau mahu menyambung pelajaran juga terlalu lemah.Fairus sebenarnya tidak perlu mencari pihak untuk disaman atas tuduhan memfitnahnya kerana dalang penyingkiran beliau adalah Anwar sendiri.Kini Anwar mempertaruhkan Dr Mansor bagi memikat 15,384 pemilih, termasuk 24 pemilih dengan pecahan sebanyak 72.68 peratus pengundi Melayu, 24.22 peratus (Cina), 2.3 (India) dan 0.71 lain-lain kaum. Apa agak menyedihkan adalah sejarah kekalahan demi kekalahan dialami Dr Mansor sejak 1999 lagi. Beliau tewas kepada Zain Omar di kawasan undi Parlimen Balik Pulau pada 1999; kepada Ariff Shah Omar Shah di DUN Seberang Jaya pada 2004 dan kepada Muhammad Farid Saad di DUN Pulau Betong pada 2008.Pada pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos tahun lalu, pengundi Penanti memberi Anwar majoriti 3,276 undi. Wakil PKR Abdul Rahman Abdul Kadir memenangi kerusi DUN Penanti pada 1999 tetapi tewas kepada ketua Umno Permatang Pauh Abdul Jalil Abdul Majid pada 2004. Tetapi Jalil kalah pula kepada Fairus, 8 Mac 2008.Kerusi itu dikosongkan Fairus pada 16 April lalu dengan dakwaan beliau mangsa konspirasi pada hal sebenarnya Anwar sendiri mahu dia ‘disingkirkan’.